Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA berkas sekurangnya enam penyokong kumpulan pemberontak Myanmar di Singapura

Jul 11, 2019 | 08:39 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah memberkas sekumpulan warga Myanmar kerana menggunakan Singapura sebagai wadah untuk mendapatkan sokongan bagi usaha memberontak dengan ganas dan bersenjata terhadap pemerintah mereka. 



Tindakan menyokong Arakan Army (AA), kumpulan bersenjata yang telah melaksanakan serangan ganas terhadap Myanmar, adalah “tidak selamat untuk Singapura”, kata MHA dalam satu kenyataan semalam. 



Ia menambah bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut merupakan ancaman terhadap keselamatan dan akan dihantar pulang. 



Kenyataan MHA itu menyusuli laporan di media Myanmar yang menyatakan enam pemimpin Persatuan Arakan (Singapura) telah ditahan, dan komputer dan telefon bimbit mereka dirampas. 



 Arakan Army, yang dimulakan pada April 2009 untuk menentang tentera Myanmar untuk mendapatkan autonomi yang lebih luas di negara Rakhine dan Chin, telah dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh pemerintah Myanmar. 



Menurut MHA, siasatan yang dijalankan mendapati kumpulan tersebut telah mengerah beberapa anggota masyarakat Myanmar di Singapura untuk menyokong tentera tersebut dan sayap politiknya, United League of Arakan (ULA). 



MHA tidak menyatakan berapa ramai yang sedang disiasat tetapi laman berita Myanmar Irrawaddy melaporkan enam individu telah ditangkap. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >