Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA ingatkan niaga asing di SG hati-hati sokong isu pecah belah seperti LGBT

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH mengingatkan perniagaan asing di sini supaya berhati-hati semasa menunjukkan sokongan terhadap isu di Singapura yang boleh memecahbelahkan masyarakat secara sosial.



Menyatakan demikian dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata isu tersebut termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).



MHA berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, yang menggesa masyarakat perniagaan di Singapura menyokong masyarakat LGBT di sini sedang lebih banyak syarikat Amerika menubuhkan pejabat mereka di negara ini.



Sedang perniagaan asing bebas menggalak kepelbagaian dalam syarikat mereka, MHA berkata mereka harus berhati-hati semasa menunjukkan sokongan bagi isu sedemikian.



"Ini perkara bagi warga Singapura bincangkan dan capai persetujuan tentang ca-ra untuk terus bergerak ke depan," ujar MHA.



Cik Pelosi memimpin satu delegasi Kongres Amerika dan tiba di sini Isnin lalu. Lawatan dua hari mereka sebahagian daripada rangka lawatan ke rantau Indo-Pasifik minggu ini.



Mereka antara lain bertemu dengan Presiden Halimah Yacob; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Mereka juga telah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; serta Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.



Cik Pelosi menggesa masyarakat perniagaan di Singapura supaya menyokong masyarakat LGBT di sini dalam menerusi satu kenyataan berhubung lawatan delegasi itu ke Singapura.



Kenyataan itu dibuat sedang pemerintah berunding dan berusaha memahami sudut pandangan golongan berbeza berkaitan undang-undang yang menetapkan seks antara lelaki sebagai jenayah.



Kanun Keseksaan, Seksyen 377A menetapkan seks antara lelaki sebagai satu jenayah, namun pemerintah mengambil pendirian bahawa undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan secara proaktif.



Minggu lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, berkata pemerintah sedang menimbangkan cara mencapai keseimbangan dalam isu ini.



Beliau berkata sedang ramai warga akur hubungan seks sejenis antara lelaki tidak wajar dianggap sebagai jenayah, ramai juga enggan pendirian sekarang, yang menganggap perkahwinan ialah antara lelaki dan wanita, diubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >