KES IKLAN, VIDEO RAP KONTROVERSI
MHA: Kenyataan maaf persenda, tidak ikhlas
Polis sedang siasat, minta nasihat Pejabat Peguam Negara
Aug 03, 2019 | 05:30 AM
KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyifatkan permohonan maaf yang dibuat adik-beradik Preeti Nair dan Subhas Nair berkenaan video 'rap' yang mencetuskan kontroversi itu sebagai 'mempersenda' dan 'tidak ikhlas'.
Semalam, mereka meminta maaf jika video itu menyakitkan hati sesiapa tanpa disengajakan.