Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Kenyataan maaf persenda, tidak ikhlas

Aug 03, 2019 | 11:43 AM



KENYATAAN PENUH MHA BERHUBUNG PERMOHONAN MAAF CIK PREETI NAIR DAN ENCIK SUBHAS NAIR BERHUBUNG VIDEO RAP



Kami merujuk kepada kenyataan bertarikh 2 Ogos 2019 oleh Cik Preeti Nair dan Encik Subhas Nair.



Kenyataan itu mengandungi permohonan maaf yang mempersendakan dan tidak ikhlas. Ia meniru permohonan maaf lebih awal yang dikeluarkan Havas Worldwide bagi iklan E-Pay (Nets juga buat permohonan maaf selepas itu).



Langkah meniru itu dilakukan seolah-olah ia merupakan permohonan maaf tetapi sebenarnya ia merupakan penghinaan bagi kebanyakan warga Singapura yang merasakan video rap itu berbaur perkauman.



Ini bukan kali pertama Cik dan Encik Nair melahirkan sentimen perkauman. Sekitar setahun lalu, Cik Nair menerbitkan video dan berlakon menjadi orang Cina, serta mempersenda amalan, budaya dan tradisi masyarakat Cina.  Dia memaparkan orang Cina sebagai penjudi yang gila duit.



Baru-baru ini, Encik Nair juga menulis lirik lagu yang menyatakan Singapura menerima amalan diskriminasi sistemik. Lagu itu ditulis bagi Mediacorp sebagai sebahagian sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.



Antara lirik lagu itu ialah: “Kami tinggal dalam sistem yang menjadikan keadaan seperti normal... berjalan tanpa sedar seorang lelaki coklat berhenti dan ID-nya diperiksa”. Ini tidak betul sama sekali.



MHA akan mengambil tindakan jika terdapat kenyataan yang melanggar undang-undang, tidak kira bangsa pesalah itu.



Pada 2018, seorang wanita India berusia 36 tahun menerbitkan komen yang membuat sindiran perkauman. Polis telah menyiasat, dan hasil rundingan dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), mengeluarakan amaran tegas terhadapnya.



Pada Januari tahun ini, polis juga mendakwa seorang lelaki Cina di mahkamah di bawah Kanun Jenayah kerana mempunyai niat secara sengaja untuk menyakiti hati penduduk Melayu. Lelaki itu menulis mesej perkauman mengenai orang Melayu di tembok kolong blok dan tempat berjalan kaki berbumbung.



Bilangan mereka yang melihat mesej itu adalah lebih rendah dari video dikeluarkan Cik dan Encik Nair.



Polis akan meneruskan siasatan dan mendapatkan nasihat AGC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >