Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA: Lima amah dipengaruhi fahaman radikal

Dec 19, 2016 | 10:06 AM



LIMA pembantu rumah yang bekerja di Singapura telah dipengaruhi fahaman radikal sejak dua tahun lalu "meskipun mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan" pada ketika itu, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), yang dilaporkan akhbar The Straits Times hari ini.



Para pembantu rumah ini merupakan diantara sekitar 70 warga asing yang disiasat sepanjang tempoh itu, dan telah menjadi radikal menerusi media sosial.



Antara warga asing ini telah dihantar pulang selepas pihak berkuasa di negara mereka dimaklumkan tentang kes mereka.



Kenyataan MHA itu dibuat menyusuli penangkapan empat wanita yang dikaitkan dengan pengganasan oleh pasukan polis antipengganas Indonesia minggu lalu.



Antara mereka adalah Dian Yulia Novi, 27 tahun, yang telah bekerja di Singapura antara 2008 dan 2009, kata jurucakap MHA.



Dian didakwa merancang melakukan serangan nekad di istana presiden di Jakarta.



Dalam wawancara di saluran televisyen Selasa lalu, dia berkata dia pertama kali terdedah kepada ajaran radikal menerusi Facebook dengan membuka profil para pengganas sewaktu bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara.



Dia bekerja untuk sebuah keluarga dengan tiga anak di sini, dan sebagai pembantu rumah selama tiga tahun di Taiwan.



Dian bagaimanapun tidak menunjukkan dirinya dipengaruhi ajaran radikal sepanjang masa bekerja di Singapura, kata jurucakap MHA.



"Agensi keselamatan kami sedang berhubungan dengan rakan sejawatan mereka di Indonesia berkaitan kes ini," kata jurucakap itu lagi.



Kebanyakan daripada 70 orang yang disiasat didapati dipengaruhi ajaran radikal menerusi pendedahan kepada propaganda radikal di media sosial.



"Ada diantaranya kemudian mempengaruhi orang lain dengan ajaran radikal menggunakan propaganda radikal yang didapatkan dari sumber Internet," kata MHA.



Difahamkan, kelima-lima pembantu rumah itu terpengaruh dengan ajaran radikal menerusi media sosial.



Sedang mereka tidak merancang menjalankan tindakan ganas di Singapura sewaktu disiasat, kehadiran mereka menimbulkan satu keprihatinan terhadap keselamatan Singapura, kata MHA lagi.



Enam warga Bangladesh sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Terorisme (Sekatan Pembiayaan)dan sedang menjalani hukuman mereka di sini.



Sedang radikalisasi menerusi Internet merupakan satu fenomena sedunia, MHA berkata pemilik wadah media sosial harus memastikan "wadah mereka tidak digunakan untuk mempromosi radikalisme dan terorisme".



Dian dikatakan seorang anggota sebuah sayap yang berpangkalan di Solo, Jawa Tengah. Dia telah menyembunyikan sebuah bom "periuk nasi" dalam biliknya sewaktu diberkas pada 10 Disember lalu.



Penangkapan Dian dan tiga wanita lain menandakan satu peralihan strategi yang dilakukan militan Indonesia, dengan menarik penyertaan wanita berbanding lelaki untuk menjalankan serangan ganas, kata ketua polis nasional Indonesia, Encik Tito Karnavian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >