Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA, MinLaw: S’pura ada hak kedaulatan kenakan hukuman gantung ke atas pesalah dadah

Nov 22, 2019 | 06:00 PM



SINGAPURA mempunyai hak kedaulatan untuk mengenakan hukuman gantung ke atas pesalah dadah dan menjangkakan negara lain menghormati undang-undangnya, menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) negara ini menerusi satu kenyataan bersama hari ini (22 Nov).



Kedua-dua kementerian itu berkata demikian menyusuli satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Malaysia, Datuk Liew Vui Keong.



Menurut Datuk Liew, beliau amat prihatin tentang hukuman gantung yang dikenakan ke atas seorang warga Malaysia bagi kesalahan dadah di Singapura.



Abd Helmi Ab Halim, seorang warga Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah, dihukum gantung di Kompleks Penjara Changi hari ini selepas petisyennya kepada Presiden bagi pengampunan ditolak.



Menurut MinLaw dan MHA, dia telah mengedar sejumlah dadah heroin asli yang boleh memenuhi ketagihan hampir 200 pesalah dadah selama seminggu.



Tambahnya, Abd Helmi juga diberi proses perundangan penuh dan diwakili peguam sepanjang proses itu.



Datuk Liew berkata dalang dadah yang seharusnya dihukum.



“Malaysia boleh membantu dalam usaha memerangi dadah ini dengan menghapuskan dalang dadah di Malaysia yang menghantar pengedar dadah dari Malaysia ke Singapura,” kata kedua-dua kementerian tersebut.



Tambahnya, Malaysia juga boleh mengambil langkah serius untuk mengelakkan warganya daripada direkrut bagi kegiatan mengedar dadah dan membawanya masuk ke Singapura.



MinLaw dan MHA berkata:



“Undang-undang Singapura adalah sama bagi semua tanpa mengira sama ada pesalah itu warga Singapura atau asing.”



Tambahnya, hukuman gantung itu juga merupakan komponen penting dalam strategi anti-dadah Singapura yang menyeluruh.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >