Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA orak langkah lindung keselamatan pegawai termasuk henti program latihan, kurangi kapasiti pusat khidmat ICA

May 16, 2021 | 11:52 PM



PUSAT perkhidmatan di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan beroperasi pada kadar kemampuan yang dikurangkan bagi melindungi keselamatan pegawai sedang kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat bertambah di Singapura.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan pada Ahad malam (16 Mei), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata bantuan di kaunter fizikal hanya akan disediakan bagi mereka yang tidak dapat akses pada sesetengah khidmat dalam taliana tau bagi mereka yang telah membuat janji temu.



Pihak berkuasa amat menggalakkan orang ramai agar menggunakan khidmat elektronik ICA di MyICA.



Langkah baru ini diperkenalkan selepas pegawai ICA berusia 38 tahun yang ditugaskan di Terminal 1, Lapangan Terbang Changi, diuji positif Covid-19 pada 27 April dengan virus itu merebak membentuk kelompok seramai 11 orang kini.



Bagaimanapun, program latihan yang penting bagi operasi pasukan Home Team akan diteruskan.



Ini termasuk kursus asas, latihan pasukan respons darat serta latihan bagi pegawai tetap Home Team dan Pasukan Pertahanan Awam, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa, serta anggota kerahan (NSmen) yang sentiasa bersedia secara operasi.



Pengambilan masuk rekrut di Akademi Home Team dan Pertahanan Awam akan diteruskan. Rekrut ini diperlukan menjalani ujian reaksi rantaian polymerase sejurus diterima masuk ke akademi.



Semua latihan lain termasuk Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT), Latihan Persiapan IPPT, latihan tambahan dan kegiatan peningkatan kecergasan bagi kumpulan NSmen akan digantung hingga selepas 13 Jun.



MHA menambah kegiatan mendekati masyarakat seperti Program Kesediaan Darurat Masyarakat dan acara SGSecure akan juga dihentikan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >