Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA siasat dakwaan pendakwah Kristian dari AS bercakap tentang Islam di acara di S'pura

"Tidak akan bersikap toleran ke atas sesiapa yang jejas harmoni sosial, agama dan kaum di Singapura, akan ambil tindakan tegas," kata MHA
Mar 26, 2018 | 10:58 PM



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dalam kenyatannya pada 26 Mac, berkata ia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat telah mengutarakan beberapa kenyataan tentang Islam di Persidangan Kingdom Invasion 2018 di Singapore Expo awal bulan ini.



Dakwaan itu pertama kali diterbitkan oleh laman berita dalam talian Rice Media pada 25 Mac.



Menurut artikel yang bertajuk Lou Engle, seorang warga Amerika mengancam berbezaan Kristian-Islam di Singapura itu, dalam ucapannya, pendakwah itu, Encik Louis Dean Engle telah berkata:



"Orang Muslim sedang mengambil alih selatan Sepanyol. Tapi saya ada impian di mana saya akan bangunkan gereja di seluruh Sepanyol untuk menentang gerakan Muslim moden baru."



Artikel itu juga berkata Encik Engle tidak mengaitkan secara langsung hujahnya tentang Islam dengan keadaan di Singapura.



Artikel itu mengundang perbincangan rancak di media sosial, dengan pembaca di dalam talian mengutarakan keprihatinan bahawa kenyataan seperti itu boleh memporak-perandakan keharmonian agama dan kaum di Singapura.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), MHA berkata ia sedar tentang perkara itu dan berkata 'ia sedang melakukan siasatan'.



"Encik Louis Dean Engle diberikan Pas Kerja Beraneka untuk bercakap di Persidangan Kingdom Invasion 2018. Beliau juga telah diberitahu supaya mengelak daripada subjek kontroversial dan supaya tidak menjejas keharmonian sosial, kaum dan agama di Singapura," kata MHA dalam kenyataannya.



"Jika ada bukti bahawa Encik Engle telah membuat kenyataan yang boleh menjejas keharmonian agama di Singapura, atau mencampur aduk agama dan politik, kami akan mengambil tindakan tegas.



"MHA tidak akan bersikap toleran kepada sesiapa yang menjejas keharmonian sosial, kaum dan agama di Singapura," kata MHA lagi.



Menjawab pertanyaan BH, Gereja Masyarakat Cornerstone (CSCC)  - penganjur utama Persidangan Kingdom Invasion yang berlangsung dari 13-16 Mac itu, berkata 'ia enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara ini sedang pihak berkuasa mengadakan siasatan, ekoran laporan polis yang dibuatnya'.



Namun, ia  berkata bahawa ia telah meminta penjelasan Encik Engle dan pendakwah itu berkata bahawa kenyataannya tentang 'gerakan Muslim moden baru' yang di utarakannya di persidangan itu tidak bermaksud untuk menunjukkan keburukan Muslim di Sepanyol atau Muslim secara am. 



"Sebaliknya, beliau sedang mengutarakan keprihatinan tentang pemberontak Islam radikal, termasuk ISIS yang memasuki negara itu dengan hasrat memaksa ideologi militan ke atas rakyatnya.



"Lou Engle telah memohon maaf atas pilihan kata-katanya yang mungkin telah menyebabkan salah faham, walau ia bukan niatnya," kata Encik Yang Tuck Yong , seorang pastor kanan di CSCC.



"Kami ingin mengutarakan pandangan kami sebagai sebuah gereja dan penganjur Persidangan Kingdom Invasion, bahawa kami menganggap hormat masyarakat Muslim dan menghormati sumbangan mereka kepada negara. Kami amat percaya bahawa dengan mengekalkan sikap saling saling menghormati ke atas kepercayaan dan nilai satu sama lain, kita boleh terus memupuk masyarakat yang harmoni dan aman di Singapura," tambah Encik Yang.



Encik Engle ialah pengasas bersama pertubuhan Kristian bernama The Call yang mempelopori perubahan politik menerusi doa dan puasa.  Beliau pernah mengundang kontroversi selepas mengutarakan pandangan fobia Islam dan fobia homoseksual. Beliau juga penyokong gerakan yang menentang pengguguran.



Ini adalah kali kedua Encik Engle dijemput berucap di Kingdom Invasion - persidangan tahunan yang diadakan di sini sejak 2012.  Encik Engle berucap di Singapura buat julung-julung kali pada tahun lalu.



Tahun lalu, tiga pendakwah Muslim asing dilarang memasuki Singapura kerana dianggap menyokong ajaran ekstrem dan yang memecah belahkan masyarakat - ajaran yang dianggap bercanggah dengan nilai kehidupan di Singapura.



Dua pendakwah Kristian asing yang memohon pas kerja jangka pendek untuk berucap di sini juga dilarang masuk, kerana memberikan kenyataan fobia Islam di luar Singapura.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >