TONGGAK jalan dan adangan keselamatan mungkin dipasangkan di ruang awam bagi memperketat kawalan keselamatan, berlatarbelakangkan serangan pengganas di luar negara yang melibatkan kenderaan digunakan merempuh khalayak ramai.
Ia antara beberapa pilihan yang sedang dipertimbangkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan agensi lain dalam semakannya bagi mempertingkat kawalan keselamatan, terutama bagi menentang serangan menggunakan kenderaan, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Desmond Lee, di Parlimen semalam.