Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

MHA tinjau mansuh Akta Hasutan

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang meninjau untuk memansuhkan Akta Hasutan, yang telah menyaksikan enam pendakwaan sejak 1965, sedang terdapat undang-undang baru yang lain telah diperkenalkan.



Rang undang-undang untuk memansuhkan akta itu telah diperkenal di Parlimen semalam.



Akta itu selama ini menyatakan kesalahan jenayah bagi kelakukan yang mempunyai unsur hasutan dan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menggantung penerbitan surat khabar yang mengandungi kandungan bersifat hasutan dan melarang pengedaran penerbitan bersifat sedemikian.



Akta itu yang telah berkuat kuasa sejak 1938 telah kali terakhir digunakan pada 2016 untuk mendakwa golongan individu di sebalik The Real Singapore yang menggalak sentimen antiwarga asing menerusi pos dalam talian.



Sepanjang beberapa tahun, undang-undang baru telah diperkenal untuk menangani keprihatinan dengan cara lebih tersasar dan ditentukan, kata MHA.



Oleh yang demikian, MHA berkata Akta Hasutan kini terbatas dari segi penggunaan dan boleh dimansuhkan.



Undang-undang yang baru yang telah diperkenal termasuk Akta Mengekalkan Keharmonian Agama, Akta Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) pada 2019, Akta Pentadbiran Kehakiman (Perlindungan) 2016, Akta Penerbitan Tidak Diingini dan Akta Media Akhbar dan Cetak serta peruntukan khas di bawah Kanun Keseksaan.



Namun, MHA berkata satu aspek Akta Hasutan yang bertujuan untuk memastikan perpaduan sosial antara kumpulan berbeza-beza, terus menjadi relevan.



Kanun Keseksaan, menurut pihak kementerian, perlu dipinda untuk memastikan ia dapat terus ditangani dengan sewajarnya.



Akta Hasutan setakat ini menjadikannya satu kesalahan jenayah bagi kelakuan yang menggalak perasaan yang menyakitkan hati dan permusuhan antara kaum atau kelas yang berbeza-beza.



Ketidakharmonian yang melibatkan kumpulan agama dan perkauman sudahpun dilindungi di bawah perundangan lain, kata MHA.



Tetapi jika Akta itu dimansuhkan, perlunya undang-undang yang boleh menangani ketidakharmonian yang melibatkan kumpulan di luar kumpulan agama dan perkauman.



Oleh itu, MHA menyarankan penggubalan kepada Kanun Keseksaan yang buat masa ini melarang perbuatan atau pengedaran bahan yang melibatkan sebarang bentuk keganasan terhadap orang lain, memberikan kaunseling kepada orang lain termasuk melanggar undang-undang atau yang berkemungkinan menyebabkan pelanggaran kedamaian.



Pihak kementerian mempunyai niat agar ini dilanjutkan bagi melindungi tindakan lain seperti ucapan dan bentuk komunikasi lain tetapi untuk mengurangkan jurang untuk memerlukan pesalah yang berniat melakukan keganasan, tidak mematuhi undang-undang atau melanggar kedamaian untuk berlaku atau tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai, ini akan berlaku.



Ia juga akan dipinda untuk menjelaskan bahawa "kaunseling kerana tidak mematuhi undang-undang" termasuk tetapi tidak terhad kepada memberikan arahan, nasihat atau maklumat yang menggalakkan sikap tidak mematuhi undang-undang.



Untuk memastikan polis masih boleh bertindak dengan pantas dan berkesan, MHA menyarankan agar kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaan dipinda untuk menjadikan pesalah boleh diberkas.



Kesalahannya termasuk sengaja menyakitkan hati seseorang daripada segi agama atau perkauman, menggalak ketidakharmonian antara kumpulan agama dan kaum berbeza dan tindakan yang bersikap prejudis terhadap mengekalkan keharmonian antara kumpulan agama dan kaum yang menjejas ketenangan awam; serta penghasilan, penerbitan dan pengedaran bahan dengan niat untuk menghasut sebarang kelas orang untuk melakukan kesalahan terhadap kelas yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >