Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ADENDUM UCAPAN PRESIDEN

MHA tubuh Pejabat Perjalanan Selamat

Aug 28, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menubuhkan Pejabat Perjalanan Selamat (STO) di bawah Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).



Ia dibentuk untuk menyediakan satu 'titik sentuhan' bagi semua pengunjung dan menyelaras agensi-agensi yang terlibat dalam pelbagai skim perjalanan.



Ini memandangkan pemerintah sedang mengambil langkah untuk membuka semula sempadan secara beransur-ansur menerusi pelbagai skim perjalanan dengan negara lain sedang keadaan penularan masyarakat di sini stabil, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.



Dalam adendum MHA kepada amanat Presiden di pembukaan sesi pertama Parlimen ke-14, Encik Shanmugam berkata STO akan membuatkan pengalaman pengunjung lebih mudah dan lancar.



"Sejak mulanya pandemik Covid-19, MHA telah terlibat secara aktif dalam usaha seluruh pemerintah untuk membendung virus itu, mengerahkan pegawai dan sumber kami di barisan depan, termasuk di sempadan dan kemudahan kuarantin," ujar Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang.



MHA akan terus membantu menyelaraskan respons pemerintah kepada pandemik tersebut melalui Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri (HCEG) yang dipengerusinya.



Ia menyokong Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dalam merancang dan melaksanakan respons dan dasar nasional bagi Covid-19, kata beliau.



Dalam perjuangan menentang Covid-19, Encik Shanmugam juga berkata mereka akan terus memanfaatkan sains dan teknologi.



"Sedang kita menyambung semula lebih banyak kegiatan secara beransur-ansur, pegawai polis kami akan terus membantu duta jarak selamat dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan dan langkah jarak selamat, serta menyokong Kementerian Kesihatan dalam penjejakan kontak," kata Encik Shanmugam.



Dalam usaha memperkukuh keupayaan Home Team, MHA akan memperkukuh rejim perundangan dan peraturan termasuk mewujudkan Penguasa Pengawalseliaan Perjudian (GRA) bagi mengawal selia landskap perjudian di Singapura.



Untuk menangani masalah dadah, MHA akan menyemak semula undang-undang dadah untuk mempertingkat pencegahan dan memperkukuh penguatkuasaan, termasuk menangani ancaman bahan psikoaktif baru yang semakin meningkat.



Beliau menambah:



"Kami akan mempertimbang keperluan bagi undang-undang baru untuk melindungi (negara ini) dengan lebih baik daripada campur tangan asing dalam politik domestik kita, dan menentang kempen maklumat berniat jahat yang dilakukan oleh pelaku asing."



Untuk membina Home Team yang lebih kukuh, Encik Shanmugam berkata mereka akan memanfaatkan teknologi supaya dapat melindungi warga Singapura dengan lebih baik.



Ini termasuk membangunkan lebih keupayaan analitik dan forensik digital untuk menangani jenayah, mengerahkan robot dan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam operasi mencari dan menyelamat, memadamkan kebakaran, dan operasi bahan berbahaya, serta menggunakan analitik video dan automasi bagi mempertingkat keselamatan di penjara.



Encik Shanmugam turut berkata mereka akan membina lebih banyak keupayaan bersama dalam Home Team, termasuk dalam ruang arahan, kawalan dan perhubungan, dan logistik serta fungsi sokongan lain.



Misalnya, mereka sedang membina Pusat Operasi Home Team yang merupakan hab penyelarasan 24/7 yang bersepadu.



Selain itu, MHA juga akan bekerjasama dengan masyarakat bagi mencegah penipuan dan jenayah lain, pendidikan dadah, menyokong pemulihan dan integrasi semula bekas pesalah, serta menentang pengganasan.



"Memandangkan jenayah transnasional lebih rumit dan semakin meningkat, ia penting bagi masyarakat antarabangsa bekerjasama dengan lebih rapat. Kami akan memperkukuh kerjasama dengan pertubuhan seperti Polis Antarabangsa (Interpol), Asean dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta secara dua hala dengan rakan negara," katanya lagi.




SEKILAS USAHA MHA



URUS KESAN COVID-19



  • Terus bantu selaras respons Pemerintah terhadap pandemik menerusi Kumpulan Eksekutif Krisis Dalam Negeri (HCEG).

  • Tubuhkan Pejabat Perjalanan Selamat (STO) baru untuk selia, operasikan dan perkemas proses bagi perjalanan antarabangsa selamat.

  • Guna sains dan teknologi dalam perjuangan menentang Covid-19, termasuk uji pengunjung di sempadan.

TEGAKKAN KEAMANAN DAN KEDAULATAN SINGAPURA



  • Perkukuh rejim perundangan dan peraturan termasuk:

    a) Bentuk Penguasa Pengawalseliaan Perjudian baru.

    b) Pelajari keperluan bagi undang-undang baru untuk melindungi daripada campur tangan asing dalam politik domestik dan menentang kempen maklumat berunsur permusuhan oleh pelaku asing.

  • Manfaat teknologi lindungi warga Singapura dengan lebih baik menerusi:

    a) Bangunkan keupayaan analitik dan forensik digital untuk tangani jenayah.

    b) Kerah robot dan UAV dalam operasi mencari dan menyelamat, padam kebakaran dan operasi bahan berbahaya.

    c) Gunakan analitik video dan automasi dengan lebih baik untuk pertingkat keselamatan di penjara.

  • Pertingkat keberkesanan operasi Home Team dengan perkukuh operasi bersama dan bangunkan keupayaan bersama, termasuk dalam arahan, kawalan dan perhubungan, contohnya Pusat Operasi Home Team 24/7.

  • Kerjasama dengan masyarakat dalam mencegah penipuan dan jenayah lain, pendidikan dadah, menyokong pemulihan dan integrasi semula bekas pesalah, dan menentang pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >