Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA usul pindaan kepada Akta Persatuan

Nov 12, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan mengusulkan beberapa pindaan kepada Akta Persatuan untuk mengukuhkan peraturan persatuan di Singapura.



Antara langkah itu termasuk mengetatkan laluan pendaftaran automatik dan meminta pemohon memasukkan klausa khusus ke dalam perlembagaan persatuan itu.



MHA menyasarkan untuk melakukan pindaan itu tahun depan dan menjemput orang ramai memberi maklum balas tentang pindaan perundangan yang diusulkan itu.



Dalam kenyataannya semalam, MHA berkata akta tersebut mengawal pendaftaran persatuan.



Ia memastikan bahawa kumpulan yang boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, menimbulkan ancaman kepada keselamatan di Singapura, atau yang kegiatannya bertentangan dengan kepentingan negara, tidak dibenarkan bertapak di sini.



MHA mengusulkan untuk memperketat laluan pendaftaran automatik.



Buat masa ini, permohonan untuk mendaftar sebagai persatuan boleh diproses melalui dua laluan.



Laluan biasa adalah untuk permohonan yang berkait dengan agama, etnik, kewarganegaraan, jantina atau orientasi seksual. Laluan automatik adalah untuk permohonan dalam kategori lain.



Bagi mengukuhkan laluan pendaftaran automatik, MHA mengusulkan untuk mengeluarkan rujukan kepada "tanpa membuat sebarang siasatan lanjut". Ini akan membolehkan Pendaftar bertanya soalan kepada pemohon untuk menilai sama ada permohonan itu boleh terus didaftarkan sebagai persatuan melalui laluan pendaftaran automatik.



MHA turut mengusulkan agar permohonan yang dibuat di bawah pendaftaran automatik tetapi menghendaki penilaian lanjut, boleh disalurkan ke laluan pendaftaran biasa walaupun ia tidak tergolong dalam kategori yang ditetapkan.



Pindaan seterusnya yang diusulkan ialah untuk meminta pemohon menyertakan klausa khusus ke dalam perlembagaan persatuan sebelum ia didaftarkan.



Buat masa ini, MHA boleh meminta pemohon memasukkan klausa ke dalam perlembagaan mereka bagi permohonan yang dikemukakan melalui laluan pendaftaran biasa.



Jika pemohon bersetuju dengan klausa baru yang diminta oleh Pendaftar, Pendaftar akan meneruskan untuk meluluskan permohonan tersebut. Tetapi jika pemohon tidak menerima klausa itu, Pendaftar tidak akan memproses permohonan.



MHA mengusulkan untuk meminda Akta Persatuan bagi memperjelaskan bahawa Pendaftar boleh meminta kemasukan klausa tertentu ke dalam perlembagaan persatuan sebelum ia didaftarkan.



Di bawah usulan seterusnya, MHA mahu menyertakan perkara yang boleh dipertimbangkan oleh Pendaftar semasa menilai permohonan untuk mengubah peraturan, nama dan tempat perniagaan persatuan.



Pendaftar boleh menolak permohonan mengubah peraturan jika perubahan itu membolehkan persatuan tersebut digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau untuk tujuan yang memudaratkan keamanan, kebajikan atau ketenteraman awam di Singapura, atau bertentangan dengan keselamatan atau kepentingan negara.



Permohonan menukar nama persatuan pula boleh ditolak jika ia berkemungkinan mengelirukan orang ramai tentang tujuan sebenar persatuan itu, atau hampir menyerupai nama persatuan lain sehingga berkemungkinan memperdaya orang awam atau anggota salah satu persatuan.



Permohonan mengubah nama itu juga boleh ditolak jika ia berkemungkinan memberi gambaran bahawa persatuan itu berkait dengan pemerintah atau sebarang pihak berkuasa awam, atau dengan sebarang individu, sedangkan ia sebenarnya tidak berkait.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >