Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MHPA anjur webinar sesuaikan diri dengan Covid-19

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



MEMPERSIAPKAN masyarakat Melayu/Islam dalam menyesuaikan diri untuk hidup bersama Covid-19.



Pada masa sama, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan masing-masing semasa pandemik ini.



Itulah antara matlamat sebuah webinar kesihatan yang akan dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Ia bertajuk 'Covid-19: Apa Kesudahannya' dan akan diadakan pada 20 November.



Webinar itu sebahagian daripada inisiatif MHPAnya untuk mempersiap masyarakat dalam mendakapi perubahan baru dalam dunia pascapandemik Covid-19.



Ia akan menyelami isu-isu berkaitan kesihatan sedang pandemik ini terus menjejas kehidupan individu segenap peringkat umur.



Malah, kesan Covid-19 ke atas kanak-kanak dan kesihatan mental juga bakal disentuh.



Webinar ini menjadi wadah untuk hadirin berinteraksi dengan profesional penjagaan kesihatan dalam usaha memperluas jangkauan mendekati masyrakat.



Anggota jawatankuasa webinar Covid-19 itu, Dr Muhammad Ilman Mohd Adil, berkata setelah hampir dua tahun Covid-19 menukar, ia telah menjejas cara hidup dengan mendadak, selain meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.



Beliau, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif MHPA, berkata ramai individu masih cuba menyesuaikan diri dengan norma-norma baru ini dan ada berasa amat tertekan akibat sekatan sosial.



"Webinar ini antara lain bertujuan mengurangkan rasa sangsi yang mungkin wujud dalam kalangan orang ramai, di samping menyediakan peluang bagi pakar berkongsi fakta-fakta mengenai Covid-19," ujar beliau.



Melalui webinar ini, orang ramai juga berpeluang mengajukan soalan berhubung Covid-19 kepada panelis dalam bidang perubatan dan pakar dalam bidang lain.



Anggota panelis pakar perubatan webinar itu ialah Dr Elly Sabrina, doktor keluarga di Banyan Clinic; Dr Zainol Muttakin, pakar pediatrik The Cheery Child Clinic; dan Dr Syed Harun Alhabsyi, pakar psikiatri, Institut Kesihatan Mental (IMH).



Panelis bekas pesakit Covid-19, Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, akan berkongsi pengalamannya sebagai jururawat yang mengharungi detik sukar dan kekuatan diri semasa dijangkiti.



Bagi yang ingin meningkatkan kecergasan tubuh, anda boleh menyertai sesi senaman di penghujung acara webinar bersama jurulatih kesihatan daripada GuruFitness.com, Encik Hisham Musa.



Ketua Unit Penyelidikan Di Pejabat Mufti, Ustazah Nurhannah Irwan, akan bercakap mengenai topik 'Pengajaran daripada Covid-19 daripada Perspektif Islam'.



Tetamu terhormat webinar itu ialah Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Webinar ini turut disokong Berita Harian dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).




WEBINAR KESIHATAN: COVID-19: APA KESUDAHANNYA



Tarikh: Sabtu, 20 November 2021



Waktu: 2 - 5 petang



Pendaftaran dan zoom: https://tinyurl.com/registermhpa



Facebook live:



https://tinyurl.com/2021mhpa Muslim Healthcare Professionals Association



Tetamu kehormat: Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam



Moderator:



Dr Juriyah Yatim, ahli jawatankuasa eksekutif MHPA



Anggota Panel:



Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, bekas pesakit Covid-19



Dr Elly Sabrina, doktor keluarga Banyan Clinic



Dr Zainol Muttakin, pakar pediatrik The Cheery Child Clinic



Dr Syed Harun Alhabsyi, pakar psikiatri, Institut Kesihatan Mental (IMH)



Encik Hisham Musa, jurulatih kesihatan di GuruFitness.com



Ustazah Nurhannah Irwan, Ketua Unit Penyelidikan Di Pejabat Muis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >