Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Migrain punca kerugian $1 bilion setiap tahun

Sep 19, 2019 | 08:17 AM



MEREKA yang mengalami migrain menyebabkan kerugian $1.04 bilion di Singapura pada 2018, kebanyakannya disebabkan oleh kehilangan produktiviti, menurut satu kajian tempatan yang dijalankan.



Mereka yang mengalami sakit kepala kronik ini juga tidak dapat ke pejabat sebanyak 9.8 hari dalam setahun, dan bagi mereka yang terus bekerja, menghadapi pelbagai simptom yang mengurangkan keupayaan mereka melakukan tugas, justeru menyebabkan kehilangan produktiviti sebanyak 7.4 hari setiap tahun.



Migrain sering berlarutan selama beberapa peringkat, merangkumi simptom seperti sembelit, mudah marah dan gangguan penglihatan, sebelum berlakunya sakit kepala.



Lazimnya, migrain berpanjangan antara empat dengan 72 jam, dan lebih dialami oleh wanita dewasa berbanding lelaki, akibat perubahan hormon.



Dr Jonathan Ong daripada Hospital Universiti Nasional (NUH) berkata seramai 100 pesakit baru dirawat setiap bulan atas gangguan sakit kepala di NUH dan Hospital Besar Ng Teng Fong.



Tambah beliau, jumlah tersebut meningkat sebanyak 10 peratus saban tahun.



"(Hal ini) tidak menghairankan memandangkan kita hidup dalam persekitaran yang semakin tertekan, malah sebagai sebuah negara... yang digerakkan oleh kerja, yang mengutamakan matlamat, kita menghabiskan masa yang lebih panjang di tempat kerja. Akhirnya, tekanan adalah pencetus utama migrain," katanya. .



Migrain juga dikaitkan dengan isu perubatan tertentu seperti kemurungan, kebimbangan, penyakit kardiovaskular, keradangan hidung atau sinus, malah juga boleh dicetuskan oleh keadaan alam sekitar, emosi dan pemakanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >