Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mikrocip bijak ramal prestasi saham, fahami kelompok Covid-19 dibangun

Dec 08, 2021 | 05:30 AM



MIKROCIP lebih kecil daripada kuku yang boleh meramal prestasi saham, menyulit data serta memahami rangkaian seperti kelompok Covid-19, telah dibangunkan di sebuah pusat kejuruteraan baru di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Dilancarkan semalam, Pusat Sains Kuantum dan Kejuruteraan (QSec) itu membangun peralatan dan teknologi yang dipacu sains kuantum.



Bidang ilmu kuantum sains itu adalah berkenaan kajian perilaku zarah di peringkat atom.



Pusat tersebut adalah yang pertama di Singapura untuk menjalankan penyelidikan bagi membangun dan menghasilkan cip kuantum menggunakan teknologi fabrikasi semikonduktor, kata NTU dalam satu kenyataan semalam.



"Cip ini akan membentuk asas bagi peralatan kuantum seperti pemproses cip kuantum, rangkaian dan sensor.



"Mereka mempunyai aplikasi dalam pelbagai bidang seperti pengkomputeran kuantum, perhubungan, kriptografi, keselamatan siber dan teknologi sensor," kata NTU.



Pusat tersebut mula beroperasi sejak 2018 tetapi pelancarannya ditangguh disebabkan pandemik Covid-19.



Pusat itu juga bertujuan untuk melatih tenaga kerja yang terlatih bagi kejuruteraan kuantum, iaitu aplikasi sains kuantum kepada senario dunia nyata, serta untuk mempromosi serta membangun industri kuantum Singapura.



Ia akan bekerjasama dengan Pusat bagi Teknologi Kuantum (CQT), sebuah pusat penyelidikan yang ditubuhkan sejak 2007, dan akan menubuhkan wadah antarabangsa untuk berganding bahu dengan rakan kerja lain dari luar negara.



Pembukaan rasmi QSec disaksikan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, serta Presiden NTU, Profesor Subra Suresh.



Encik Chan berkata sains kuantum serta teknologi dan kejuruteraan dalam bidang itu telah menarik pelaburan yang besar di serata dunia.



"Singapura sudah lama menjadi pelabur dalam potensinya dan kekal antara peneraju utama dalam bidang ini.



"Kami menantikan sumbangan QSec kepada usaha Singapura dalam memajukan teknologi kuantum, khususnya dalam pembangunan cip pengkomputeran kuantum dan perhubungan kuantum," kata Encik Chan.



Beliau juga menarik perhatian bahawa Yayasan Penyelidikan Nasional telah pada 2018 memulakan program kejuruteraan kuantum dengan matlamat menubuhkan masyarakat penyelidikan kejuruteraan kuantum yang berdaya saing untuk membangun teknologi yang mempunyai aplikasi dunia nyata.



Profesor Subra pula berkata pusat baru itu pula bertujuan menyelidik beberapa perkara termasuk komputasi, rangkaian serta penderiaan kuantum.



"Tumpuan NTU dalam bidang ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi sains kuantum untuk menyokong usaha Singapura dalam kejuruteraan kuantum bagi manfaat industri dan masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >