Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat bahasa Melayu dipupuk sejak menengah

Feb 20, 2021 | 05:30 AM



MINATNYA dalam bahasa Melayu mula dipupuk sejak sekolah menengah.



Di Maktab Rendah Jurong Pioneer, beliau menyertai Program Elektif Bahasa Melayu (MLEP) dan muncul sebagai valedictorian (pelajar terbaik) untuk program itu di Singapura.



Julia berkata guru Bahasa Melayunya di Sekolah Menengah Swiss Cottage, Cikgu Jamakyah, yang telah mengajarnya akan kepentingan menghargai bahasa itu.



"Cikgu Jamakyah membuat saya menyedari bahawa dengan pemahaman bahasa yang lebih mendalam, ia lebih mudah untuk belajar daripada kesilapan sendiri kerana saya bukan sahaja melakukannya untuk kecemerlangan, namun, ia untuk tujuan yang lebih besar," cerita Julia, anak bongsu dalam empat beradik.



Melalui MLEP, Julia didedahkan kepada beberapa program yang membuatnya sedar bahawa beliau ingin menyumbang kembali kepada masyarakat.



"Antara programnya, kami berinteraksi dengan anak-anak yatim. Melalui interaksi itu, saya sedar bahawa saya berasa bersyukur dengan apa yang saya ada. Pada masa yang sama, ia menggerakkan hati saya bahawa saya ingin membantu orang lain.



"Oleh itu, saya ingin ke Universiti Nasional Singapura dan belajar bidang kerja sosial di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS)," cerita Julia.



Menurut Julia, beliau telah memberikan yang terbaik untuk GCE Peringkat 'A' dan beliau mengatakan bahawa pandemik ini memberinya lebih peluang untuk menumpukan masanya kepada pelajarannya.



"Pandemik ini membuat saya menjadi pelajar yang lebih berdikari. Saya mendapatkan tip pembelajaran melalui video di Youtube. Tetapi, secara keseluruhan, saya rasa sikap disiplin paling penting untuk belajar," katanya.



Menurut guru Bahasa Melayu dan Sasteranya di maktab rendah, Cikgu Siti Atiqah Punari, Julia ialah seorang pelajar contoh.



"Julia seorang pelajar yang menunjukkan ketekunan dan konsisten dalam pelajarannya. Beliau sangat proaktif untuk bertanya dan mempunyai sifat rendah diri.



"Di kelas, Julia sangat terbuka untuk membantu rakan-rakannya dan sering mendengar pandangan orang lain," puji gurunya itu.



Menurut Julia, keputusan GCE Peringkat 'A' yang keluar semalam memuaskan untuknya dan beliau layak untuk memohon ke bidang yang diinginkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >