Ramai peminat Hello Kitty yang sanggup beratur berjam-jam untuk membeli produk jenama tersebut, tetapi mungkin hanya segelintir sahaja yang sanggup menghiasi seluruh rumah dengan watak kartun itu.
Itulah yang dilakukan peminat dan penjual produk Hello Kitty, Cik Suliawati Samsuri, 35 tahun, yang seluruh flat sewa dua biliknya di Redhill dipenuhi dengan produk Hello Kitty.