Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Minat berkebun, nenek bersemangat ubah S'pura jadi bandar Mesra Alam

Ketua relawan dengan inisiatif NParks, Community in Bloom; pada 2011 Cik Salbiah dinobat duta Community in Bloom
Aug 29, 2021 | 05:30 AM



Bumi kita ini semakin tenat, bahkan laporan Panel Silang Pemerintah bagi Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan kadar dan kesan perubahan iklim lebih meruncing daripada yang disangka. Sebagai Muslim, kita dituntut untuk memelihara bumi ini dan menjauhkan perkara-perkara yang merosakkannya. Justeru, menyumbang kepada usaha-usaha menjaga alam sekitar dan menggalak kehidupan lebih mampan juga merupakan satu ibadah. Dalam HIDAYAH minggu ini, kami mengajak anda mengenali usaha seorang individu menggalak gaya hidup lebih mampan dalam kalangan masyarakatnya 




DIBESARKAN dalam keluarga yang gemar berkebun, maka tidak hairanlah minat Cik Salbiah Osman dalam bercucuk tanam berputik secara semula jadi.



Sejak di usia 10 tahun lagi, beliau terdedah kepada kegiatan berkebun di rumah serta di sekolah.



"Di sekolah, saya suka mata pelajaran sains. Pada waktu itu, kami diberikan sebuah ruang di sekolah untuk bercucuk tanam dan sejak itu, saya mula minat berkebun," ujarnya.



"Ibu saya juga suka berkebun. Bahkan, di sekeliling rumah kami juga ada tumbuh-tumbuhan. Saya rasa berkebun adalah minat yang diturunkan daripada generasi ke generasi sebab datuknya turut gemar berkebun."



Lebih enam dekad kemudian, cinta Cik Salbiah, 75 tahun, pada berkebun terus mekar. Malah beliau kini bergiat dalam pelbagai inisiatif berkebun dalam masyarakat.



Sejak 2016, beliau telah berkhidmat sebagai relawan di kebun masyarakat eko Our Tampines Hub.



Kebun yang menanam pelbagai rempah ratus, buah-buahan dan sayur-sayuran itu bertujuan mengeratkan hubungan dengan masyarakat luas menerusi usaha kemampanan.



Hasil tanaman juga digunakan dalam kelas masakan dan dikongsi bersama penduduk di kawasan itu.



Selain memelihara tanaman di kebun di atas bumbung Our Tampines Hub itu, Cik Salbiah turut menggunakan pengalaman luasnya dalam berkebun membimbing relawan lain, terutamanya generasi muda.



"Saya suka berkebun kerana ia mewujudkan sekitaran hijau yang nyaman dengan udara yang segar. Ini membuatkan saya rasa tenang dan gembira," kata penduduk Tampines sejak 2004 itu.



Cik Salbiah juga mempunyai tanaman di rumahnya, yang digunakan sebagai terapi menenangkan jiwa.



Cik Salbiah, yang sudah bersara, turut aktif sebagai ketua relawan dengan inisiatif NParks, Community in Bloom.



Beliau telah bersama inisiatif berkebun itu sejak 2005.



Dilancarkan pada Mac 2005, Community in Bloom adalah gerakan berkebun seluruh pulau bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan dan menyatukan penduduk, tua dan muda, untuk menjadikan Singapura bandar yang mesra alam.



Pada 2011, Cik Salbiah dinobat sebagai duta Community in Bloom.



Ditanya mengenai cabaran berkebun pada zaman dahulu dan sekarang, Cik Salbiah menyebut cuaca yang kerap berubah-ubah.



"Dengan kita sekarang sering mengalami cuaca hujan lebat, ia sukar untuk tanaman tumbuh dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi tanaman di kebun eko Our Tampines Hub yang tumbuh di atas bumbung bangunan kerana ia tiada akar yang kuat berbanding jika ditanam di dalam tanah.



"Dan semasa cuaca panas terik pula, tanaman akan diserang oleh serangga perosak," jelas beliau.



Cik Salbiah turut menggalak orang ramai berkebun, mengatakan bahawa kegiatan itu memiliki pelbagai manfaat, selain menjadikan Singapura lebih menghijau.



"Kegiatan berkebun baik untuk meningkatkan tahap ingatan kita. Ia juga adalah bentuk senaman yang bagus untuk menguatkan otot-otot," tambah nenek kepada dua cucu itu.




"Dengan kita sekarang sering mengalami cuaca hujan lebat, ia sukar untuk tanaman tumbuh dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi tanaman di kebun eko Our Tampines Hub yang tumbuh di atas bumbung bangunan kerana ia tiada akar yang kuat berbanding jika ditanam di dalam tanah.

Dan semasa cuaca panas terik pula, tanaman akan diserang oleh serangga perosak.''

- Cik Salbiah Osman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >