Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z - TENAGA membara - ANTARA PENERIMA BIASISWA INDUSTRI TENAGA (EIS)

Minat dipupuk sejak kecil... setiap kali lihat bapa buat kerja elektrik di rumah

Antara penerima biasiswa industri tenaga (eis)
Nov 13, 2021 | 05:30 AM



Dalam usaha membina saluran bakat tempatan yang berterusan untuk berkecimpung dalam sektor tenaga di Singapura, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) antara lain menawarkan Biasiswa Industri Tenaga (EIS) dan kini menawarkan ruang perbincangan selamat bagi golongan ini berbincang mengenai isu-isu yang dihadapi industri tenaga melalui Program Duta Tenaga (EAP). Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang mewawancara seorang penerima biasiswa EIS dan seorang duta tenaga untuk mengetahui dorongan mereka untuk memberi sumbangan dalam industri ini.



SEMASA membesar, Encik Muhammad Harith Hidayat sentiasa melihat bapanya melakukan kerja-kerja elektrik di rumah.



Tidak kira memasang peralatan atau lampu, bapanya mahir melakukan kerja-kerja pembaikan kecil di rumah.



Lama-kelamaan, Encik Harith mula memupuk minat dalam peralatan elektronik, terutama cara ia berfungsi atau bagaimana peralatan itu boleh dihidupkan - seperti bol lampu yang menggunakan elektrik.



Sikap ingin tahu itu akhirnya mendorongnya melanjutkan pelajaran dalam bidang Mekatronik di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat selepas tamat sekolah menengah.



Mengikuti jejak bapanya yang menjalani program yang mempunyai elemen elektronik, Encik Harith berkata beliau menganggap pilihan beliau itu bak "langkah semula jadi".



"Ketika saya masih di sekolah rendah, saya ingat lagi bapa saya akan melakukan kerja-kerja elektrik yang asas di rumah jika perlu.



"Apabila beliau melakukan kerja-kerja ini, saya selalu akan turut sibuk-sibuk... hingga kekadang diberi amaran agar usah terlalu dekat dengannya kerana bahayanya elektrik," katanya.



"Ada satu kali bapa saya sedang menukarkan 'starter' lampu saya ternampak percikan elektrik.



"Dari itu, boleh katakan sikap ingin tahu mengenai elektrik dan tenaga, dan bagaimana ia dapat digunakan dalam kehidupan harian kita kian membara," jelas beliau.



Kini Encik Harith, 20 tahun, telah pun menamatkan pengajiannya di ITE dan sedang memburu Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal di Politeknik Singapura (SP).



Baru-baru ini, Encik Harith, anak sulung daripada keluarga dua beradik, dinamakan salah seorang daripada tiga penerima Biasiswa Industri Tenaga (EIS) tahun ini.



Biasiswa itu merangkumi yuran persekolahan, elaun bulanan, wang untuk membeli keperluan sekolah seperti komputer riba dan buku teks serta bon pekerjaan dengan syarikat tenaga yang telah membiayainya.



Encik Harith juga terikat bekerja selama dua tahun dengan syarikat Senoko Energy selepas menggenggam diploma nanti.



Berkongsi impiannya berkecimpung dalam industri tenaga, Encik Harith berkata:



"Sekarang terdapat peningkatan dalam pendigitalan dan pengangkutan yang menggunakan elektrik.



"Jadi terdapat kepentingan bagi generasi akan datang untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan untuk memastikan kestabilan sistem tenaga di Singapura," jelasnya.



Menurut Encik Harith lagi, beliau tidak sabar mahu memulakan tugas dengan syarikat tersebut kerana ingin mengamalkan pengetahuan yang ditimbanya selama ini secara praktikal di tempat kerja.



"Sejak saya menjalankan penyelidikan dan mempelajari lebih lanjut mengenai industri ini, saya rasa masanya tepat bagi saya menyumbang kepada sektor ini dan juga negara.



"Peluang untuk bekerja di Senoko Energy juga akan membolehkan saya menyumbang kepada usaha Singapura ke arah sektor tenaga yang semakin digital dan mampan bagi generasi masa depan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >