Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat hafalan hadis dorong jadi pemimpin bernilai murni

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



Tiga pelajar madrasah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan nasional bagi kededua subjek duniawi dan ukhrawi, telah diraikan dalam satu majlis Sabtu lalu. Mereka telah menerima Anugerah Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) yang mengiktiraf pencapaian mereka bukan sahaja di sekolah bahkan di kokurikular madrasah juga. Pelajar ini mengongsi aspirasi dan cabaran mereka bersama wartawan Berita Harian, SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg)



SEJAK kecil lagi, bekas pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Muhammad Safwan Rosli, sering terpegun dan tertarik dengan kisah-kisah sirah mengenai Nabi Muhammad saw serta para sahabatnya.



Justeru, tidak hairanlah jika pelajar berusia 13 tahun itu berminat untuk menjadi seorang muhaddith apabila dewasa kelak.



"Apabila menghafal hadis, saya dapat memahami tentang kehidupan Rasulullah dengan lebih baik lagi," kata anak bongsu empat beradik ini.



Malah kerana minatnya dalam kehidupan sirah para nabi juga yang membuatnya mengikut nilai murni mereka apabila beliau menjadi pemimpin kepada pelajar lain.



Muhammad Safwan, anak kepada pegawai polis Sats dan suri rumah itu, merupakan Ketua Pelajar dan kapten pasukan bola sepak semasa di Madrasah Al-Irsyad.



"Saya memang kagum dengan cara kepimpinan Saiyidina Umar ibn Khattab apabila beliau menjadi khalifah Islam.



"Walaupun menjadi ketua, beliau tetap bersikap rendah diri dan sering mengingatkan pengikutnya agar menegurnya jika beliau membuat silap.



"Inilah juga pendekatan sama yang saya ambil apabila menjadi ketua dalam kalangan tepman saya yang lain," kongsinya.



Menurutnya, pernah kawan-kawannya menegur dan menghentikannya apabila beliau terlalu marah.



"Saya amat berterima kasih kepada teman-teman saya ketika itu. Jika mereka biarkan saya terus-terusan marah, dan lebih buruk lagi menggunakan kata-kata yang tidak elok, saya mungkin akan dianggap sebagai seorang ketua yang tidak baik," kongsinya



Sifat kepimpinannya yang tinggi dan kebolehannya yang menyerlah membuat Muhammad Safwan dipilih sebagai penerima Anugerah Madrasah LBKM bagi kategori Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Beliau meraih gred A* dalam Bahasa Inggeris dan Matematik serta 'A' dalam Sains dan Bahasa Melayu bagi PSLE.



Beliau juga meraih tempat pertama dalam pertandingan Olympiad Matematik peringkat negara.



Selepas PSLE, Muhammad Safwan memilih untuk menyambung pelajarannya di Madrasah Aljunied Al-Islamiah untuk mengukuhkan lagi pengetahuannya dalam bidang ukhrawi.



"Meneruskan pengajian dalam bidang ukhrawi pertama sekali ada pahalanya.



"Dan yang paling penting jika kita berkongsi dengan orang lain dan dimanfaatkan oleh orang lain, pahala itu akan berterusan sehingga apabila kita tiada kelak," ujarnya.




"Walaupun menjadi ketua, beliau (Saiyidina Umar ibn Khattab) tetap bersikap rendah diri dan sering mengingatkan pengikutnya agar menegurnya jika beliau membuat silap. Inilah juga pendekatan sama yang saya ambil apabila menjadi ketua dalam kalangan teman saya yang lain.''
- Muhammad Safwan Rosli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >