Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Minat jadi guru berputik sejak dalami bidang psikologi dan kriminologi

Terima Anugerah Cemerlang Mendaki dan Anugerah Gemilang Akademik setelah raih ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama di SIT
Nov 12, 2021 | 05:30 AM



BELIAU menyifatkan dirinya sebagai seorang pelajar yang sederhana di tahun-tahun awal pendidikannya.



Namun, beliau mula memberi sepenuh jiwa dan raganya semasa menuntut di universiti.



Berkat ketekunan dan kerja kerasnya, Encik Muhammad Farhan Azimi, telah berjaya lulus sebagai pelajar terbaik, dengan meraih ijazah sarjana muda kepujian kelas pertama dalam bidang kriminologi di Institut Teknologi Singapura (SIT).



"Di peringkat universiti, saingan dalam kalangan pelajar lebih sengit dan saya harus berikan lebih banyak tumpuan dan usaha," ujar beliau.



Bagi pencapaiannya itu, beliau menerima Anugerah Cemerlang Mendaki dan Anugerah Gemilang Akademik 2021, baru-baru ini.



Encik Farhan berkata beliau sangat berterima kasih atas dua anugerah daripada Mendaki itu.



Siswazah berusia 26 tahun itu telah menerima $1,000 bagi setiap anugerah.



Kini, beliau sedang menanti untuk belajar di Institut Pendidikan Nasional (NIE) untuk menjadi guru Pendidikan Jasmani bermula Disember ini.



Encik Farhan berkata minatnya mengajar mula berputik semasa melalui latihan amali mengajar di sebuah prasekolah sebagai sebahagian kursusnya dalam bidang psikologi kanak-kanak di Politeknik Ngee Ann.



Kemudian, beliau menyertai kursus kriminologi pula di SIT.



"Walaupun ketika mempelajari kriminologi, saya mendapati diri saya sering mengaitkan apa yang dipelajari kepada pembangunan remaja dan kanak-kanak," kata abang kepada tiga beradik itu.



Sekali lagi, latihan amali di peringkat universiti melibatkan kegiatan mengajar kanak-kanak, kali ini dari golongan keluarga berpendapatan rendah. Kemudian beliau terus mengajar dengan memberi tuisyen.



Encik Farhan berharap anugerah yang diterimanya daripada Mendaki itu akan turut memberi inspirasi kepada pelajarnya nanti.



"Dengan anugerah Mendaki ini, ia akan menjadi satu kisah yang saya akan menceritakan kepada murid-murid saya kelak bahawa ia tidak terlambat untuk diiktiraf, dengan harapan pengiktirafan itu dapat memberikan mereka semangat dan dorongan untuk belajar dengan lebih keras," ujarnya.



Berseloroh, beliau berkata beliau mungkin akan menggunakan wang yang diterima daripada anugerah Mendaki itu untuk membeli lebih banyak baju sukan untuk mengajar kelas jasmani nanti.



Di samping itu, Encik Farhan juga giat dalam sukan Frisbee, yang merupakan aktiviti kokurikulum ketika di universiti.



Minatnya dalam sukan itu mendorongnya untuk menulis tentang sejarah sukan bagi kertas disertasinya.



Oleh itu, beliau juga cenderung mengajar latihan jasmani kerana memahami kepentingan kemahiran motor dan kesihatan fizikal kanak-kanak ketika membesar.



Selain itu, Encik Farhan juga meluahkan rasa bersyukur telah menerima subsidi yuran di bawah skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) kendalian Mendaki sepanjang pembelajarannya di universiti.



"Keluarga saya memenuhi kriteria subsidi yuran sebanyak 100 peratus.



"Saya sangat bersyukur atas sokongan ini kerana ia meringankan beban kewangan pelajar setelah tamat pengajian," kata beliau yang bapanya merupakan pengawal keselamatan dan ibunya suri rumah.



Beliau kemudian juga meluahkan niatnya untuk menyumbang semula kepada Mendaki satu hari nanti, biarpun dari segi wang atau tenaga.



"Bagi pelajar lain, tidak kira peringkat apa, anda perlukan sokongan yang kuat dari segi keluarga, kawan ataupun guru. Manusia bergantung kepada satu sama lain untuk berjaya," kata beliau.




Walaupun ketika mempelajari kriminologi, saya mendapati diri saya sering mengaitkan apa yang dipelajari kepada pembangunan remaja dan kanak-kanak.
- Encik Muhammad Farhan Azimi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >