Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat kereta ubah jadi kerjaya

Oct 30, 2019 | 05:30 AM



MINAT beliau terhadap sukan motor dan kereta akhirnya berkembang menjadi kerjaya dalam sektor automatif.



Encik Sofian Abu Samah, 30 tahun, memang selalu berangan mahu bekerja dalam bidang ini sejak beliau masih budak kecil lagi.



Kini, lulusan Diploma Kejuruteraan Teknikal (TED) dalam Kejuruteraan Automatif dari Institusi Pendidikan Teknikal (ITE) Central itu melatih juruteknik dan pelajar ITE untuk mempersiapkan mereka bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.



Beliau bekerja sebagai jurulatih teknikal di Akademi Subaru yang diselia oleh Motor Image Enterprises.



Menurut beliau, minatnya terhadap sukan motor dan bidang automatif bermula dari menaiki kereta ayahnya dan menonton perlumbaan kereta di televisyen.



"Perkara kecil sebegini yang melahirkan minat dan sifat ingin tahu tentang bidang automatif," kata beliau.



Encik Sofian menyertai program Nitec dalam Teknologi Automatif di ITE Balestier.



Beliau juga telah menjalani latihan di ITE Dover dan Politeknik Singapura.



Selepas itu, Encik Sofian merancang melanjutkan pengajian dengan mengambil ijazah di Britain, tetapi setelah mendapat tahu terdapat tempat kosong di program TED dalam Kejuruteraan Automatif, memutuskan untuk mendaftar masuk program itu pula.



"Program TED itu dapat mengembangkan fikiran saya bukan sahaja sebagai seorang mekanik, malah saya dapat mempelajari perkara lain seperti diagnostik dan pengurusan.



"Saya dapat meningkatkan kemahiran saya dan mempersiapkan diri untuk perkembangan teknologi dan sektor automatif," kata Encik Sofian.



Sekarang, sebagai jurulatih teknikal di Akademi Subaru, giliran Encik Sofian pula untuk menyediakan pelatihnya untuk bekerja dalam sektor automatif.



"Apabila saya melihat pelatih saya menjadi juruteknik yang cekap dan mahir, sehingga mereka dicari oleh pembuat kereta lain, ini membuat saya rasa puas hati.



"Saya tumpang gembira melihat pencapaian mereka," ujar Encik Sofian.



Sebelum menjadi jurulatih di Akademi Subaru, Encik Sofian memegang jawatan eksekutif kawasan di sebuah syarikat sukan motor.



"Saya mengambil peluang menjadi pelatih kerana ia memberi saya ruang untuk terus belajar tentang bidang ini dan mendedahkan diri saya kepada peluang lain di negara merata dunia," kata Encik Sofian, yang baru sahaja pulang dari negara Jerman untuk pelayaran berkenaan dengan kerja.



Selain pengetahuan teknikal, Encik Sofian juga ingin memberi pelatihnya motivasi untuk terus mempertingkatkan diri mereka dan mencari kerja yang sejajar dengan minat mereka.



"Saya selalu memberitahu mereka untuk jangan berhenti mencari kerja sehingga mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >