Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minat pada kereta dorong bina kart elektrik

Mar 11, 2018 | 05:30 AM



MINAT mereka dalam kereta dimanfaatkan bagi menghasilkan satu projek menarik.



Encik Abdul Razzak Abdul Majeed, 21 tahun, dan rakan-rakannya menjana idea bagi membangunkan dua kart serba guna dikuasai elektrik untuk tujuan riadah.



Setelah berusaha gigih selama beberapa bulan tahun lalu, mereka berjaya membangunkan kart tersebut, dengan projek mereka itu dipamerkan di Persidangan Automotif anjuran ITE di sekolah mereka baru-baru ini.



Projek kumpulan pelajar diploma kejuruteraan teknikal dalam kejuruteraan automotif dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada projek tahun mereka.



Selain Encik Razzak, kumpulan itu juga terdiri daripada Encik Lee Wei Xiong, 25 tahun; Encik Shafiq Roslee, 22 tahun; Encik Muhammad Endry Osman, 21 tahun; dan Encik Willvin Tan Wei Jie, 21 tahun.



Encik Razzak berkata kumpulannya mempunyai bajet sekitar $14,000 bagi membangunkan dua kart dikuasai elektrik itu dan mengambil masa dari April hingga November tahun lalu bagi menyelesaikan projek tersebut.



Menjelaskan bagaimana kart itu berfungsi, Encik Lee Wei Xiong, berkata ia seperti e-skuter di mana kenderaan tersebut berfungsi menggunakan kuasa elektrik.



Namun, antara perbezaannya ialah kart itu mempunyai empat roda dan boleh dinaiki seorang pemandu dan seorang penumpang.



"Pada mulanya, rancangan kami adalah membangunkan kart yang boleh digunakan di permukaan lasak seperti dalam hutan dan kawasan lumpur.



"Namun, dengan bajet yang diberi, kami hanya boleh membangunkan kart yang boleh digunakan atas permukaan biasa seperti jalan raya dan laluan pejalan kaki," kata beliau yang tidak menolak kemungkinan mempertingkat fungsi kart itu jika diberi peluang pada masa depan.



Kart dikuasai elektrik itu mempunyai kelajuan sehingga 55 kilometer sejam.



Ia juga boleh bergerak sejauh 200 kilometer dengan bateri penuh, yang perlu dicas antara lapan hingga 10 jam.



Kumpulan tersebut menggabungkan ilmu daripada mata pelajaran seperti desain, teknologi automotif, dan elektrik/elektronik automotif bagi memasang dan menguji kart tersebut.



Projek mereka antara yang dipamerkan semasa Persidangan Automotif, di mana mereka berpeluang menjelaskan projek itu kepada wakil syarikat daripada industri automotif.



Dalam menyelesaikan projek mereka itu, kumpulan tersebut berdepan dengan beberapa cabaran.



Beberapa bahagian ataupun komponen kart itu, seperti roda, lampu dan ampaian (suspension), perlu didapati daripada sumber berlainan.



Oleh sebab mereka tiada latar belakang dalam pengajian elektrik, kumpulan itu turut mendapatkan bimbingan guru mereka.



"Antara perkara paling rumit sekali ialah komponen elektriknya. Kita perlu tahu bagaimana cara memasang wayarnya kepada komponen yang betul supaya kart ini dapat berfungsi dengan baik," kata Encik Razzak.



Encik Razzak dan Encik Lee Wei Xiong mempunyai harapan besar bagi projek mereka itu setelah ia berjaya menarik perhatian beberapa wakil syarikat di Persidangan Automotif.



"Oleh sebab ia berfungsi dengan baik menggunakan elektrik, saya berharap ada syarikat yang sudi mengetahui lebih lanjut dan berbincang dengan kami.



"Ia kart yang berkuasa dan berfungsi dengan baik, dapat menjimatkan wang dan mesra alam juga," kata Encik Razzak.




"Oleh sebab ia berfungsi dengan baik menggunakan elektrik, saya berharap ada syarikat yang sudi mengetahui lebih lanjut dan berbincang dengan kami. Ia kart yang berkuasa dan berfungsi dengan baik, dapat menjimatkan wang dan mesra alam juga."
- Encik Abdul Razzak Abdul Majeed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >