Minat program komputer sejak kecil dorong pengajian ke varsiti

Agensi Teknologi Pemerintah atau GovTech telah dilancarkan sekitar pertengahan tahun lepas demi memberi tumpuan kepada teknologi infokom dan bidang kejuruteraan berkaitan. Ia bertujuan menerajui pembangunan dan penyampaian perkhidmatan digital kepada individu, perniagaan dan kakitangan awam mentadbir sistem infokom dan teknologi (ICT) dalam sektor awam. SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) mengajak anda mengikuti pengalaman tiga individu yang terlibat dalam usaha membantu Singapura menjalani transformasi digital ini melalui bidang pengkhususan mereka dalam GovTech.

SEMASA beliau berada di sekolah rendah, bapanya telah membawa pulang komputer mereka yang pertama.

Sementara bapanya berminat merombak bahagian-bahagian komputer itu, Cik Azima Muhammad Iqbal teringat keinginan kuat yang dirasakan mahu mengetahui bagaimana softwe serta program komputer dilaksanakan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan