Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Minat sebagai cef disemai sewaktu jalani NS

Young Mendaki Club (YMC) baru-baru ini memperkenalkan inisiatif baru Perpustakaan Manusia atau Human Library di bawah siri bengkel ExploreCAREERS untuk memberi inspirasi dalam pendidikan dan laluan kerjaya buat masyarakat. Inisiatif itu menampilkan 49 profesional yang mengongsi perjalanan peribadi mereka, dan menjadi mentor kepada lebih 200 pelajar dari Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Menengah Canberra, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah. Berita Harian mengetengahkan dua profesional yang mempunyai minat dalam bidang pekerjaan mereka.
Jun 01, 2021 | 05:30 AM



KETIKA menuntut Higher Nitec dalam bidang Mekatronik, beliau menyedari ia bukan minatnya.



Encik Mohamed Nabeel Firdaus Aziz, hanya menemui minatnya yang sebenar sewaktu menjalani Perkhidmatan Negara (NS) beliau sebagai ahli bomba.



Namun, ia bukan sebagai ahli bomba, tetapi sebagai tukang masak.



"Saya kemudian menyedari bahawa memadam api bukan kerja impian saya, tetapi 'bermain' dengan api...minat itu berkembang apabila saya memasak pada hari cuti saya," kata pemuda berusia 30 tahun itu ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Kini, beliau bekerja sebagai cef di sebuah restoran hidangan barat dan pada masa yang sama berjaya menubuhkan Chef Naughty Rabbit, yang menyediakan khidmat cef peribadi yang memasak juadah Barat halal di rumah pelanggan.



Menurut Encik Nabeel, beliau membesar dalam keluarga yang gemar memasak.



Arwah datuk neneknya merupakan katerer majlis perkahwinan dan ibunya pula sering membuat kek coklat di samping pekerjaan sepenuh masanya.



Justeru, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Sejak memburu minatnya dalam bidang memasak, Encik Nabeel telah meraih pengalaman luas termasuk bekerja di dapur Bread Street Kitchen milik cef masyhur Gordon Ramsay.



Kini, beliau sendiri turut menawarkan khidmat cef peribadi yang memasak juadah Barat di rumah pelanggan.



"Memandangkan kesemua pengalaman saya di dapur kebanyakannya dari syarikat tidak halal, tidak kira bersama cef selebriti seperti Mario Battali, Gordon Ramsay, saya mengambil peluang untuk mempelajari asas memasak dan pengetahuan pelbagai produk. Saya menggantikan apa yang perlu untuk menjadikan hidangan itu halal untuk memastikan kesedapannya hampir serupa dengan restoran-restoran besar ini," ujar anak ketiga dalam empat beradik itu.



Namun, semua itu tidak datang tanpa cabaran.



Apabila beliau meninggalkan pekerjaannya sebagai ahli bomba pada 2014 setelah meneruskan perkhidmatan kerana ingin menjadi seorang cef, ada yang ragu-ragu akan tindakannya.



"Namun perkara itu tidak menghambat saya daripada mengikuti kata hati. Keluarga dan rakan saya percaya dalam diri saya. Saya juga memastikan ia bukan satu kegagalan atau keputusan yang salah," kata lulusan Diploma Kesenian Kulinari di Akademi At-Sunrice GlobalChef itu.



Perjalanan kerjayanya pula bukan mudah.



Encik Nabeel perlu bekerja buat waktu yang panjang, sering dimarahi, dan turut dihimpit tekanan sehingga adakalanya pernah rasa ingin putus asa.



"Bayangkan meluangkan dua minggu pertama anda di kerja berada di tingkat bawah dapur, cef menjeritkan anda, menyesuaikan diri dengan rentak mereka yang cepat, mempelajari setiap hidangan, cuba yang terbaik agar tidak dimarahi.



"Terdapat rasa takut yang ditanamkan agar memastikan tiada ruang bagi kesalahan," ujarnya.



Bagaimanapun, beliau gagahi cabaran itu, malah berkata ia "berbaloi" kerana merupakan sebahagian pembinaan sikap.



Gembira dapat berkecimpung dalam bidang impiannya, Encik Nabeel menasihati pelajar dan semua di luar sana agar mengejar minat mereka.



"Ia satu nikmat bagi mereka yang boleh menjana pendapatan daripada minat mereka. Anda tidak akan pernah perlu membandingkan diri atau risau hilang minat atau rasa tidak gembira, kerana ia sebahagian diri anda, dan rezeki akan menyusuli. Jangan pernah sekat minat anda," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >