Minat sertai sektor pendigitalan yang dinamik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT BERJAYA: Pendigitalan peluang & cabaran

Minat sertai sektor pendigitalan yang dinamik

Pengarah Komersial foodpanda giat usahakan 'keseimbangan' demi manfaat bagi peniaga, pelanggan
Jan 14, 2022 | 05:30 AM

Industri penghantaran mempunyai cabarannya yang tersendiri dan ia tidak kurang juga dikritik, tetapi ia turut membuka peluang untuk segelintir. Ada yang memanfaatkan sektor itu untuk meraih pendapatan tambahan dan sebagai cara mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Ada juga yang melihat peluang melanjutkan dan membantu sektor penghantaran. BERITA HARIAN melaporkan.


BIDANG e-niaga yang dinamik telah lama menarik minat Encik Mohamed Amirul Shah Anwar Malik yang sedar bahawa pendigitalan akan mencorak masa depan.

Ini membakar semangat beliau untuk menyertai industri e-niaga dengan harapan dapat menyumbang dan mempertingkatkan sektor tersebut.

Kini sebagai Pengarah Komersial foodpanda, peranan Encik Mohamed Amirul, 35 tahun, adalah untuk mengetuai tugas perancangan, pembangunan dan pelaksanaan strategi komersial bagi semua segmen foodpanda bagi mengekalkan kerelevanan jenamanya.

Lulusan dalam bidang Sains Aktuari di Universiti Curtin itu juga menguruskan pemerolehan dan pengekalan rakan peniaga.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sejak menyertai foodpanda, Encik Mohamed Amirul berpeluang melancarkan segmen perniagaan baru seperti kedai-kedai foodpanda - tempat pasaran untuk rakan niaga runcit menawarkan produk dan tawaran menjamu selera di kedai bagi pelanggan di bawah program pandapro.

Sebelum ini, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Sekutu Risikan Perniagaan Lazada Group di Malaysia di samping menerajui beberapa jabatan dalam portfolio risikan penjualan dan perniagaan selama tiga setengah tahun di syarikat itu.

Semasa interviu dengan Berita Harian (BH), Encik Mohamed Amirul, yang mengakui "suka memproseskan nombor", berkata tanggung jawab sebagai pengarah komersial yang disandangnya sekarang amat memberi kepuasan.

"Sebelum ini semasa di tempat kerja lama, saya menguruskan satu jabatan komersial setiap tahun, tetapi sekarang saya menguruskan kesemua jabatan komersial.

"Jadi skopnya agak berbeza, daripada terlibat dalam peringkat pelaksanaan, kini saya fokus kepada usaha lebih luas dan memberi ketua jabatan menyusun strategi dan pelaksanaan," ujarnya yang memimpin sekitar 100 orang buat masa ini, berbanding hanya 15 hingga 20 sebelum ini.

Kata Encik Mohamed Amirul lagi, pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menjalankan tugasnya, terutama di tengah-tengah pandemik.

"Satu cabaran yang pasukan saya hadapi ialah mencapai keseimbangan dalam memastikan kos rendah bagi rakan niaga sambil terus memastikan perniagaan kami bertahan agar dapat terus memberi kemudahan kepada pelanggan kami.

"Kami faham rakan peniaga kami kadangkala mendapati kos bekerjasama dengan kami adalah tinggi. Tetapi, bayaran ini adalah minimum kerana ia disalurkan kepada antara bayaran penghantar, khidmat pemasaran dan pelanggan selain penyelenggaraan teknikal aplikasi."

Menurut beliau, satu lagi cabarannya ialah untuk meyakinkan peniaga, khususnya yang sudah berjaya dalam perniagaan di luar talian, untuk menyertai wadah mereka kerana bertanggapan kaedah perniagaan dalam talian akan menjejas perniagaan di luar talian.

"Sedangkan sebaliknya (yang berlaku), apabila mereka menyertai wadah kami, mereka sedar berniaga secara dalam talian boleh merangsang penjualan dan tidak mengugat perniagaan di kedai fizikal mereka," terang Encik Mohamed Amirul.

Sepanjang pengalaman bersama foodpanda, salah satu inisiatif yang signifikan dianjurkan beliau ialah program sukarelawan pekerja bagi membantu penjaja mendakap pendigitalan pada Julai lalu.

Di bawah program itu, 50 pekerja foodpanda mendekati lebih 200 penjaja di lima pusat penjaja untuk menolong mereka memahami pendigitalan dan proses di sebaliknya.

Berkongsi pemerhatiannya mengenai keprihatinan para penjaja dalam menerima pendigitalan, Encik Mohamed Amirul menjelaskan ada yang bimbang tidak tahu menggunakan alat bimbit atau tidak mampu menguruskan tempahan penghantaran dan 'walk-in' secara serentak.

"Penjaja generasi lama pula mungkin sukar memahami bahasa Inggeris, jadi kami akan hasilkan risalah berbilang bahasa dengan infografik dan imej bagi menjelaskan dengan mudah tentang proses penyertaan dengan foodpanda, manfaat dan bagaimana untuk menghubungi pasukan sokongan kami," tambahnya.


"Kami faham rakan peniaga kami kadangkala mendapati kos bekerjasama dengan kami adalah tinggi. Tetapi, bayaran ini adalah minimum kerana ia disalurkan kepada antara bayaran penghantar, khidmat pemasaran dan pelanggan selain penyelenggaraan teknikal aplikasi."
- Encik Mohamed Amirul Shah Anwar Malik, mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan tugasnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map