SAMA ada anda sedari atau tidak, Singapura sebenarnya sudah memasuki 'medan perang'. Negara kini mengatur kemaraan dalam perjuangan menentang musuh penyebab serangan jantung, kegagalan ginjal, angin ahmar, amputasi, buta dan sebagainya.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan (MOH) mengisytiharkan perang ke atas penyakit kencing manis. Ia bukan setakat 'pertempuran' dengan penyakit itu, bahkan bagi menyelamatkan masa depan negara. Kita memerlukan rakyat yang produktif dan sihat tatkala meniti usia senja.