SYARIKAT pendidikan prasekolah, MindChamps PreSchool, berkata mereka sudah menggunakan sebahagian hasil Tawaran Awal Awam (IPO) untuk membeli MindChamps PreSchool @ Woodlands bernilai $1.31 juta.
Anak syarikat MindChamps, MindChamps PreSchool Franchise, memeterai perjanjian pembelian saham dengan Ting Keng Soon dan Theresa Khiu Si Min bagi membeli semua saham MindChamps PreSchool @ Woodlands.