Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Setempat

Mindef: 6 anggota SAF didakwa di mahkamah tentera atas kematian NSF Dave Lee

Feb 20, 2020 | 08:20 PM

ENAM anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa di mahkamah tentera pada Khamis (20 Feb) atas kematian mendiang Dave Lee yang menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa pada 2018, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Menjawab pertanyaan media, Mindef mengatakan bahawa polis telah merujuk enam anggota SAF itu kepada Mindef untuk disiasat kerana mereka disyaki melanggar undang-undang tentera berdasarkan kejadian yang berkaitan dengan kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Lee.

Enam anggota SAF itu telah pun didakwa setelah Cawangan Siasatan Khas SAF selesaikan siasatan mereka.

Antara mereka ialah, Sarjan Pertama (1SG), Chia Zhi Xuan, 25 tahun, didakwa di atas satu pertuduhan terhadap ketidakpatuhan perintah umum di bawah Seksyen 21, akta SAF.

Dia telah memimpin satu latihan berlari sehari sebelum kegiatan berarak dengan pantas atau 'fast march' dijalankan, di mana CFC Lee telah menyertai kegiatan tersebut dan mengalami strok haba setelah menyelesaikannya pada 18 April 2018 di Kem Bedok.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian