Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef: NSman rebah ketika sertai latihan kecergasan meninggal akibat sakit jantung

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



ASKAR kerahan (NSman) berusia 25 tahun yang rebah ketika menyertai sesi latihan selang bertahap tinggi, Quick HIIT, yang dikendalikan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada petang Rabu lalu meninggal dunia akibat penyakit jantung.



Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) mengumumkan penemuan itu dalam satu kenyataan media bersama semalam selepas pemeriksaan bedah siasat dilakukan.



Lelaki yang menyertai sesi ini sebagai sebahagian program Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) rebah pada awal senaman pertama selepas tamat senaman pemanasan di Taman West Coast.



Beliau dengan segera ditangani jurulatih penyedia khidmat luar HPB, sebelum dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dengan ambulans.



Namun beliau kemudian disahkan meninggal dunia hampir dua jam kemudian.



Semua sesi Quick HIIT HPB akan terus digantung hingga ke tarikh yang diumumkan kelak sedang semakan terhadap amalan keselamatan HPB bagi program kecergasannya sedang dijalankan, menurut Mindef dan HPB lagi.



“Mindef, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan HPB akan terus membantu keluarga dalam masa kesedihan mereka,” kata kenyataan itu.



Program NS FIT ini dilancarkan tahun lalu dan bertujuan menggalak NSmen untuk menjalani gaya hidup aktif dan sihat dengan membawa kegiatan kecergasan NS dekat dengan masyarakat.



Ia menawarkan pelbagai kegiatan kecergasan di 42 lokasi serata pulau termasuk pusat penyesuaian kecergasan dalam pekarangan kem SAF dan beberapa taman awam.



Mereka yang tidak dapat mencapai sekurang-kurangnya satu kelulusan dalam ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) boleh memilih untuk menyertai program 10 sesi bagi memenuhi ketetapan kecergasan tahunan, tambah portal NS.



Program Quick HIIT dianggap sebagai “sejenis latihan litar metabolik yang menampilkan ringkasan senaman tahap tinggi yang membangun kekuatan, tenaga dan kecergasan aerobik dair masa ke masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >