Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Mindef, NTU lancar program latih NS sepenuh masa tangani pertahanan cyber

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mindef, NTU lancar program latih NS sepenuh masa tangani pertahanan cyber

Mar 10, 2022 | 05:30 AM

KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah melancarkan program baru untuk melatih sebilangan Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) sepenuh masa untuk menyumbang kepada pertahanan siber Singapura.

NSF yang menyertai Skim Belajar-Kerja Digital akan berkhidmat sebagai pakar digital di bawah Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang baru ditubuhkan, selama empat tahun.

"Mereka akan membangunkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan melaksanakan tugas kejuruteraan perisian untuk menyokong operasi ketenteraan dunia sebenar," kata Mindef dalam satu kenyataan semalam.

Untuk melengkapkan latihan vokasional dalaman dan pengalaman operasi secara langsung dengan DIS, anggota kerahan ini boleh mengambil modul untuk memperoleh kredit akademik yang dikira untuk mendapatkan ijazah dalam sains data dan AI, sains komputer atau kejuruteraan komputer.

Pakar digital akan menghadiri kelas di NTU selama satu semester setiap tahun untuk menyediakan mereka bagi peranan mereka dalam unit operasi.

DIS ialah cabang perkhidmatan keempat SAF selepas tentera darat, tentera laut dan tentera udara.

Ia diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen. dalam perbahasan Bajet 2022 Mindef pada 2 Mac.

DIS bertanggungjawab bagi perisikan, pertahanan siber dan psikologi, serta memajukan SAF sebagai pasukan rangkaian.

Ia menyatukan unit siber dan C4I (perintah, kawalan, komunikasi, komputer dan risikan) yang telah dibentuk sejak sedekad lalu di bawah struktur bersatu.

Selepas melengkapkan tempoh minimum sebagai Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa dengan DIS, pakar-pakar ini akan menerima gaji askar tetap untuk baki tempoh empat tahun mereka.

Pada penghujung empat tahun, pakar digital akan memperoleh separuh daripada kredit akademik yang mereka perlukan dan boleh meneruskan pengajian mereka selama dua tahun lagi.

Kumpulan pertama pakar digital akan mendaftar pada April depan dan memulakan semester pertama mereka di NTU pada Ogos tahun itu.

Mereka yang berminat boleh memohon Skim Belajar Kerja Digital setahun sebelum pendaftaran NS mereka, tambah Mindef.

Ketua siber pertahanan Brigedier Jeneral Mark Tan dan Profesor Louis Phee, naib presiden (inovasi dan keusahawanan) dan dekan Kolej Kejuruteraan NTU, menandatangani memorandum persefahaman untuk program baru itu semalam.

Kata Prof Phee: "Program baru ini juga memudahkan peralihan peserta ke pendidikan lanjutan di NTU dan memupuk generasi pakar digital akan datang, yang boleh membantu meningkatkan infrastruktur kritikal negara kita."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3