Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef, SUTD bina kepakaran keselamatan siber

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



MOU yang dimeterai itu menggariskan komitmen Mindef bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk membina kepakaran dalam keselamatan siber dan keupayaan terhadap ancaman siber teknologi operasi (OT), kata Mindef semalam.



MOU itu ditandatangani oleh Ketua Pertahanan Siber Brigadier Jeneral (BG) Mark Tan dan Provos Madya Penyelidikan dan Hubungan Antarabangsa SUTD, Profesor Yeo Kiat Seng, sempena acara latihan keselamatan siber anjuran bersama SAF dan SUTD.



Menekankan kepentingan MOU itu, BG Tan berkata: "Mindef/SAF menyedari kepentingan bekerjasama dengan rakan kongsi utama seperti SUTD untuk mengikuti perkembangan terkini dalam penyelidikan dan teknologi keselamatan siber.



"MOU ini akan merasmikan kolaborasi kami bersama SUTD untuk memanfaatkan kekuatan mereka dalam penyelidikan keselamatan siber demi meningkatkan projek pembangunan keupayaan kami sendiri.



"Ia juga akan menyokong latihan dan pendidikan kakitangan siber kami yang bertugas mempertahankan sempadan digital."



Mengulas lebih lanjut mengenai kerjasama dengan Mindef, Profesor Yeo berkata SUTD senang hati dapat bekerjasama dengan Mindef/SAF mengenai keselamatan OT untuk infrastruktur kritikal.



"Di bawah MOU itu, kami juga akan dapat membantu menjalankan penyelidikan dan membangun generasi pakar siber seterusnya yang boleh mempertahankan infrastruktur kritikal negara kita," kata Profesor Yeo.



Beliau menarik perhatian Pusat bagi Penyelidikan dalam Keselamatan Siber (iTrust) di SUTD boleh menjana simulasi serangan siber, serta pembangunan pertahanan untuk mengatasi tindakan seperti itu.



Acara latihan keselamatan siber anjuran bersama SAF dan SUTD iTrust, yang diberi nama 'Critical Infrastructure Security Showdown' (CISS), diadakan dari 3 hingga 17 September tahun ini.



Latihan dalam talian itu melibatkan peserta setempat dan antarabangsa daripada bidang akademi, orang awam dan sektor privet.



Kededua MOU dan anjuran CISS 2021 merupakan sebahagian daripada komitmen Mindef dan SAF untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memperkukuh keupayaan dalam keselamatan siber IT dan teknologi operasi, menurut kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >