Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minggu Penumpang Penyayang kali pertama dilancar bagi galak perjalanan pengangkutan awam lebih inklusif

Nov 27, 2021 | 04:16 PM



BEBERAPA individu cacat penglihatan lebih suka menaiki kenderaan awam secara bebas dan mungkin tidak sering memerlukan bantuan manakala penumpang muda pula mungkin teragak-agak menawarkan bantuan kepada penumpang lain walaupun golongan belia melihat diri mereka sebagai mengambil berat.



Inilah antara dapatan tinjauan lebih 2,000 penumpang di Singapura yang dikongsi di majlis pelancaran Minggu Penumpang Penyayang yang pertama diadakan pada Sabtu (27 November).



Minggu Penumpang Penyayang itu dilancarkan Presiden Halimah Yacob dan bertujuan menggalak budaya penumpang baik budi dan penyayang.



Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemandu Penumpang Caring SG yang mengendalikan tinjauan antara April dengan November tahun lalu. Jawatankuasa ini yang dibentuk pada 2020 menjalankan tinjauan itu menerusi pelbagai platform, termasuk dalam talian dan perbincangan kumpulan fokus bersemuka.



Dapatan utama dari laporan itu termasuk:



- Belia yang ditemui berkata mereka mungkin menahan diri daripada menawarkan bantuan kerana keprihatinan atau cabaran mereka sendiri. Bagaimanapun, beberapa belia berkata mereka melakukan perbuatan yang secara tidak langsung menampakkan sikap penyayang seperti dengan senyap mengosongkan atau bangun dari tempat duduk mereka untuk memberikan ruang itu buat penumpang yang lebih memerlukan atau menekan butang bagi bas itu untuk berhenti jika mereka melihat ada penumpang mengejar bas tersebut. 



- Beberapa penumpang cacat penglihatan lebih suka menaiki bas secara berdikari. Bagaimanapun, mereka menghargai usaha penumpang lain membantu mereka dan memberi mereka masa dan ruang untuk bergerak. Mereka berharap penumpang lain tidak ambil hati jika seseorang yang cacat penglihatan enggan dibantu.



- Sifat penyayang itu dua hala. Kedua-dua golongan yang membantu dan dibantu harus menunjukkan sikap penyayang dan menghargai.



Sebagai sebahagian Minggu Penumpang Penyayang ini, terdapat beberapa kegiatan dari Sabtu hingga 5 Disember untuk memupuk kesedaran bagaimana setiap orang dalam masyarakat boleh membantu menjadikan perjalanan pengangkutan awam ini lebih inklusif.



Sebagai contoh, pada Selasa, beberapa mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mempelajari cara membantu penumpang memerlukan seperti pengguna kerusi roda dan golongan cacat penglihatan dalam bas awam.



Kursus Inklusiviti Bas Awam ini akan melengkapi siswa ini dengan kemahiran seperti cara mendekati penumpang untuk menawarkan bantuan dan memupuk kesedaran tentang keperluan penumpang memerlukan.



Peserta kursus adalah daripada kumpulan siswa NUS Enablers yang mempunyai nyala rasa membantu individu dengan keperluan khas.



Pada Rabu pula, Anugerah Pengangkutan Emas dan Penumpang Penyayang 2021 akan mengiktiraf kakitangan khidmat industri pengangkutan yang menampilkan sikap murni dan teladan yang baik dalam khidmat mereka serta penumpang pengangkutan awam yang berbudi terhadap golongan memerlukan.



Tower Transit Singapore, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata satu pameran menggalak penglibatan penumpang kurang upaya dalam bas awam telah dimulakan di Pusat Tukaran Bas Jurong East.



Pameran ini adalah sebahagian kegiatan oleh Tower Transit dalam meraikan Minggu Penumpang Penyayang dan diadakan dari Sabtu hingga 31 Disember. Ia memberi pengunjung gambaran tentang apa yang golongan kurang upaya secara fizikal alami dalam bas awam serta mengetengahkan panduan bagaimana golongan ini boleh melalui perjalanan selamat dan lebih selesa dalam bas dan bagaimana orang awam boleh menawarkan bantuan.



Kegiatan lain termasuk pelancaran lukisan tembok oleh Persatuan Sindrom Down di Pusat Tukaran Bas Bukit Batok dan pembentukan stesen mengecas kerusi roda dengan kuasa motor di Pusat Tukaran Bas Yishun. Penumpang boleh memanfaatkan stesen mengecas ini mulai Ahad.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dalam ucapan pembukaan di acara pelancaran Minggu Penumpang Penyayang di auditorium Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di Hampshire Road, berkata:



"Perjalanan penumpang kita secara harian bukan hanya melibatkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain tetapi bagaimana kita mengemudi ruang perkongsian sebagai sebuah masyarakat."



Mewujudkan sekitaran penumpang yang penyayang bermula sejak 2009 apabila LTA memulakan kempen menggalak sikap baik budi dalam pengangkutan awam menerusi tindak-tanduk yang memikirkan keperluan orang lain seperti beratur dan memberi tempat duduk kepada golongan lebih memerlukan.



"Sedang usaha jawatankuasa dan pemegang taruh pengangkutan awam ini harus dipuji, hanya dengan bekerjasama rapat dengan masyarakat maka kita dapat membangun budaya di mana menunjukkan keprihatinan terhadap penumpang lain menjadi sebahagian kehidupan," jelas Encik Iswaran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >