Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minggu Serumpun Budaya barisi program WGS

Papar pelbagai seni, budaya Melayu lewat hiburan berunsur pendidikan dalam talian sempena Bulan Bahasa
Sep 04, 2020 | 05:30 AM



SEMPENA Bulan Bahasa, Wisma Geylang Serai (WGS) akan mengadakan program dalam talian dalam bentuk hiburan berunsur pendidikan yang memaparkan pelbagai seni dan budaya Melayu di tengah-tengah pandemik ini, mulai hari ini.



Anjuran Jabatan Jalur Budaya WGS, acara yang dinamakan Minggu Serumpun Budaya itu akan berlangsung selama sembilan hari berturut-turut menerusi sembilan video yang disiarkan di Facebook serta saluran YouTube WGS.



Menurut jabatan itu, walaupun pandemik Covid-19 menyekat kegiatan fizikal daripada dijalankan, acara itu memastikan jarak selamat dipatuhi sedang pada masa sama, bahasa serta budaya Melayu terus dilestari.



"Kami dapat menggabungkan pelbagai genre dan format berbeza, individu daripada pelbagai lapisan usia, untuk menjayakan program ini. Di balik tabir, kami mengadakan mesyuarat menerusi aplikasi Zoom, dan biarpun ia mencabar, usahanya diselaraskan dengan baik," kata jurucakapnya.



Salah satu ciri unik, menurutnya, ialah mereka mengumpulkan hanya bakat tempatan. Malah, ada segmen pengerusi jawatankuasa pemandu jabatan itu, Dr Mohamad Maliki Osman, membaca sajak dan pengurus besar WGS, Encik Nur Effendi Esa, bermain piano.



Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang membuat penampilan dengan memainkan watak sebagai Dato' Bendahara, berkata ia bukan sesuatu yang beliau jangka, tetapi gembira dapat ikut serta bagi mendukung usaha melestari budaya.



Mengulas tentang usaha Minggu Serumpun Budaya dalam mempromosikan bahasa Melayu, beliau, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, berkata:



"Melalui acara ini, Bahasa Melayu digunakan dalam semua bentuk, menerusi adegan yang dipamerkan, hos rancangan, lagu, sketsa, seni dan dikir barat juga. Diharapkan, melalui acara seperti Minggu Serumpun Budaya, penggunaan Bahasa Melayu dapat meningkat.



"Saya juga berharap ia dapat mendorong kita semua mempelajari dan menghayati bahasa tersebut dengan lebih berkesan."



Acara tersebut ialah kerjasama dengan beberapa kumpulan seni terdiri daripada masyarakat Melayu Geylang Serai dan kumpulan minat dalam kalangan Kelompok Marine Parade.



Selain rakan seperti M Kuasa 3 (M3), PAssion Arts, Kelab Masyarakat Persatuan Rakyat, WGS turut bekerjasama dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) serta Lembaga Warisan Negara (NHB) sebagai sebahagian usaha kumpulan kerja antara agensi di bawah jabatan itu.



Selain mempromosikan budaya dan seni Melayu, program itu memperkenal segmen bagi pemilik perniagaan di rumah (HBB) dan penyewa di WGS.



"Oleh kerana ini waktu sukar bagi semua di tengah-tengah pandemik, kami memutuskan menawarkan wadah... bagi mereka mempromosikan produk mereka," kata jurucakap itu lagi.



Selain itu, mereka melibatkan peruncit WGS dan Tanjong Katong Complex sebagai penaja supaya dapat turut memaparkan produk serta jenama mereka.



"Sebahagian daripada usaha Jabatan Jalur Budaya ialah untuk mengetengahkan juga pelbagai ruang di Wisma Geylang Serai.



"Oleh itu, penggambaran dilakukan dengan menggunakan ruang berbeza di taman masyarakat, Galeri Geylang Serai, Studio Projek dan Skrin Hijau," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa proses penggambaran mengambil masa empat hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >