Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mini mart Woodlands bantu warga bergaji rendah pilih makanan sihat

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 150 keluarga bergaji rendah di sekitar Woodlands dijangka berpeluang memilih barangan makanan lebih sihat dan keperluan harian, hasil daripada satu inisiatif kedai mini mart baru.



Store@Woodlands, yang terletak di Blok 852 Woodlands Street 83, memberi peluang kepada penduduk yang memerlukan untuk memilih sehingga sembilan barangan secara percuma setiap bulan.



Inisiatif itu merupakan kerjasama di antara Yayasan Masyarakat PAP di cawangan Woodlands dan Jawatankuasa Rundingan Rayat (CCC) Woodlands.



Sejauh ini, lebih 120 penduduk sudah melawat kedai itu untuk memilih barangan makanan dan keperluan harian sejak dibuka.



Semalam, Store@Woodlands turut mengagihkan buat pertama kali, sayuran segar sebanyak 360 kilogram, yang disumber dari taman masyarakat berdekatan.



Anggota Parlimen GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar memberitahu The Straits Times semalam:



"Kami telah mengagihkan sumbangan makanan kepada penduduk yang memerlukan sejak bertahun lalu, hasil daripada derma oleh pelbagai rakan kerjasama.



"Tetapi beberapa penduduk berkata barangan kering yang diberikan mungkin tidak bersesuaian dengan keperluan pemakanan mereka, khususnya jika mereka mempunyai keadaan kesihatan tertentu, atau pilihan mereka.



"Jadi semasa lawatan ke rumah kami, kadangkala kami melihat ada penduduk yang mempunyai bekalan barangan yang tidak digunakan atau sudah luput, yang terkumpul di rumah mereka.



"Ini sebabnya kami fikirkan satu cara untuk penduduk ini dapat memilih barangan yang mereka mahukan dan daripada pilihan lebih luas, agar mereka ada pilihan dan boleh memasak makanan lebih sihat."



Pesara Cik Lejah Amat, 69, berkata: "Saya bersyukur dengan bekalan yang saya terima pada tahun-tahun sebelum ini. Tetapi sekarang saya juga boleh mendapatkan kubis dan brokoli di sini.



"Mempunyai lebih banyak pilihan adalah baik kerana saya dapat kurangkan perjalanan ke pasar raya," tambah penduduk Woodlands yang telah menetap di situ selama 11 tahun.



Menerusi sumbangan dari masyarakat dan penaja seperti Prime Supermarket dan Leong Hup Food, kedai itu telah mempunyai bekalan lebih 3,000 barangan sejak awal Julai, menurut Cik Mariam.



Selain daripada barang makanan seperti beras, minyak masak, sos tiram dan rempah kari, kedai itu juga menawarkan barangan keperluan tandas.



Kedai mini mart itu dibuka setiap Isnin, dari 7 malam hingga 9 malam, dan Ahad terakhir pada setiap bulan, dari 1 petang hingga 3 petang.



Orang ramai boleh mendermakan barang untuk kedai itu di Kelab Masyarakat Woodlands atau pusat jawatankuasa penduduk terdekat di Woodlands.



Mereka juga dapat membuat sumbangan wang di laman web Give.Asia, yang bertujuan untuk membekalkan barang runcit di Store @ Woodlands. Lebih dari $18,000 dari sasaran $20,000 telah berjaya diperoleh pada Ahad petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >