Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG

MinLaw permudah proses kuat kuasa perintah nafkah

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) akan memudahkan proses menguatkuasa perintah nafkah yang dikeluarkan Mahkamah Keadilan Keluarga (FJC), khususnya bagi membantu pihak yang mewakili mereka sendiri.



Ini dinyatakan Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, yang semalam turut berkata pihaknya sedang mempertimbangkan langkah penguatkuasaan tambahan untuk memastikan perintah nafkah itu dipatuhi.



Langkah itu antara perubahan kepada Mahkamah Keadilan Keluarga yang sedang dikaji untuk memastikan prosiding melibatkan isu keluarga kurang sengit, serta lebih mudah, cekap, dan dimampui.



"Kami akan terus mempermudah prosiding agar semua pihak boleh mendapatkan hasil yang adil dan saksama, walaupun mereka memilih untuk tidak diwakili peguam," ujar Encik Tong.



Beliau berkata demikian dalam perbahasan belanjawan MinLaw di Parlimen semalam.



Mengenai isu perintah nafkah, Encik Tong berkata satu perkara yang sering berlaku adalah pihak yang menguatkuasa perintah tersebut menghadapi cabaran menentukan kedudukan kewangan pihak lain.



"Kita akan memberi kuasa kepada mahkamah untuk menyoal pihak dan mendapatkan maklumat secara langsung," ujarnya.



Pindaan kepada undang-undang itu dijangka tahun ini.



Selain itu, MinLaw sedang mengkaji saranan untuk menjadikan penguatkuasaan pengadilan sivil lebih mudah dan diperhalusi.



Perubahan itu memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) serta individu yang mewakili diri mereka sendiri.



Ini sebagai respons kepada maklum balas bahawa proses sekarang mahal dan rumit, dan bahawa masa, tenaga dan kos untuk menguatkuasa pengadilan tidak berbaloi dengan jumlah yang diputuskan pengadilan.



Langkah yang dipertimbangkan termasuk kuasa baru untuk mendenda ketidakpatuhan perintah mahkamah. Jika ada pihak yang masih tidak mematuhi, mahkamah akan diberi kuasa dipertingkat untuk menjejak aset pihak yang berhutang.



Encik Tong juga berkata proses mengesahkan sijil wasiat akan dipermudah, dengan membolehkan pemohon yang mewakili diri sendiri untuk memohon pengesahan dengan mudah dalam talian.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) bertanya jika ini akan turut dilaksanakan bagi kes wasiat di bawah Mahkamah Syariah juga.



Memberi respons, Encik Tong berkata meskipun sistem undang-undang itu mungkin berbeza, tetapi isu pentadbiran serupa adalah sesuatu yang boleh dikaji.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >