Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MinLaw pertimbang maklum balas perkukuh sistem keadilan sivil

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) telah mempertimbangkan maklum balas awam untuk memperkukuh sistem keadilan sivil Singapura bagi meningkatkan akses kepada keadilan sambil mengekalkan kecekapannya.



Maklum balas itu diterima daripada perundingan awam mengenai saranan bagi Reformasi Keadilan Sivil, dan akan diterapkan ke dalam Peraturan Mahkamah yang baru.



"Pindaan perundangan akan diperkenalkan di Parlimen tahun ini untuk menyokong Peraturan Mahkamah yang baru, dan akan beroperasi menjelang hujung 2021.



"Peraturan baru itu akan meletakkan sistem keadilan sivil Singapura dalam kedudukan untuk memenuhi keperluan dan cabaran masa depan, serta meningkatkan akses kepada keadilan sambil mengekalkan kecekapannya," kata MinLaw dalam satu kenyataan semalam.



Antara perubahan itu termasuk berkenaan sidang kes, penghasilan dokumen, bukti pakar, dan pengiraan tempoh, dan kos.



Contohnya, Suruhanjaya Keadilan Sivil sebelum ini menyarankan agar penghubungan atau surat-menyurat secara privet atau dalaman tidak boleh digunakan kecuali dalam kes tertentu.



Namun, responden melahirkan keprihatinan tentang kehilangan akses kepada dokumen privet yang boleh mendedahkan keadaan sebenar.



Oleh itu, peraturan draf akan memperkasa mahkamah untuk mengerahkan penghubungan privet atau dalaman itu ditampilkan dalam kes tertentu, kata MinLaw.



Selain itu, kementerian tersebut berkata responden telah melahirkan keprihatinan mengenai saranan untuk mengambil kira hari Sabtu, Ahad dan cuti awam dalam pengiraan waktu untuk tempoh tujuh hari atau lebih, dan menarik perhatian ini boleh menimbulkan cabaran operasi.



Untuk mengatasinya, semua tempoh tujuh hari dalam peraturan draf itu akan dinaikkan kepada tempoh 14 hari.



Perundingan awam itu telah diadakan dari 26 Oktober 2018 hingga 31 Januari 2019.



MinLaw telah menerima 43 respons, kebanyakannya daripada bidang guaman yang memberi maklum balas secara langsung atau menerusi Persatuan Undang-Undang Singapura.



Pihak berkepentingan daripada institusi kewangan dan pertubuhan tidak mencari keuntungan, serta orang awam juga telah memberi maklum balas, kata MinLaw.



"Secara keseluruhannya, terdapat sokongan meluas bagi kebanyakan saranan Reformasi Keadilan Sivil, yang responden anggap adalah tepat pada masanya dan praktikal," kata MinLaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >