Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BM BERSAMA K. SHANMUGAM

Minoriti tidak perlu khuatir didiskriminasi

Feb 12, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT minoriti Melayu dan India di Singapura boleh hidup selesa tanpa bimbang dijadikan mangsa diskriminasi, keadaan yang tidak semestinya dinikmati masyarakat minoriti di negara-negara lain, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Menurutnya, keadaan tersebut hasil dua perkara - pertama, hubungan harmoni antara kaum di sini yang dibina dengan titik peluh sepanjang berdekad lalu dan kedua, undang-undang tegas.



"... tiada sesiapa pun yang boleh mengatakan anda seorang Melayu, anda seorang India, anda tidak mempunyai tempat di sini. Jika ada sesiapa berkata demikian, mereka akan dikenakan tindakan.



"Jadi, anda rasa selesa tinggal di Singapura. Anda tidak mempunyai keselesaan yang sama jika anda daripada masyarakat minoriti di negara lain," katanya lagi.



Dalam pada itu, beliau berkata ramai yang kurang menghargai hakikat tersebut. Golongan itu mengambil mudah keharmonian kaum di sini sedangkan ia harus dihargai sepenuhnya sebagai sesuatu yang dibangunkan sejak sekian lama.



"Positif hubungan antara kaum ini begitu menakjubkan, ramai yang tidak sedar kerana ia sesuatu yang wujud di sini, dan difikirkan akan wujud selamanya. Anda perlu tinggal di negara lain untuk benar-benar menghargainya," ujarnya.



Encik Shanmugam berkata dinamik positif antara kaum itu perlu terus dipelihara dan diperkukuh daripada pengaruh yang mampu merapuhkan hubungan harmoni yang dibina itu.



Sehubungan itu, pemimpin agama di sini harus menolak secara terbuka tindakan atau perbuatan yang mendesak diperluas kepentingan serta hak tertentu sesebuah masyarakat, tanpa menimbangkan implikasinya dalam kehidupan berbilang kaum dan agama di sini.



Menurutnya, jika tidak ditangani, sikap sedemikian mampu menular dan memecahbelahkan masyarakat berdasarkan jalur kaum.



"Bagi mereka: 'Saya mahu hak ini, jadi saya memperjuangkannya. Saya menolak dan mendesak.' Tapi ingat, apabila satu pihak mendesak, pasti pihak yang lain akan memberi respons dan turut mendesak.



"Jika desakan ini datang daripada kaum majoriti, apa yang akan berlaku?" kata Encik Shanmugam, memberi amaran sambil menambah ini akan menyebabkan perpecahan.



Beliau menekankan, hakikat ini perlu disedari setiap pemimpin masyarakat kerana terdapat individu sedemikian dalam setiap masyarakat, tidak kira masyarakat Melayu, India atau Cina. Individu ini, katanya, hanya mendesak bagi hak kumpulan tertentu.



"Pemimpin masyarakat mempunyai tanggungjawab menolak tindakan yang berpotensi memecahbelahkan kita. Mereka harus tegas dan berkata tindakan sedemikian salah, sebaliknya kita harus bersatu dan membuka lebih banyak ruang persamaan," ujar Encik Shanmugam.



Beliau menambah:



"Kita harus bersatu, bersatu sebagai sebuah masyarakat Singapura. Justeru, pemimpin agama tidak boleh hanya bercakap mengenai hal keagamaan, mereka harus sedar apakah yang membolehkan Singapura terus makmur dan memperjuangkannya bersama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >