Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Minta nafkah dari anak? Ibu bapa pernah dera anak mungkin 'terjejas'

Antara usul dalam semakan Akta Penyaraan Ibu Bapa
Nov 14, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa yang mendera atau meninggalkan anak mereka pada masa lalu mungkin perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum boleh meminta bantuan kewangan daripada anak mereka.



Ini satu daripada empat perubahan yang disaran bagi undang-undang penyaraan ibu bapa untuk mengimbangi antara melindungi warga tua kurang berkemampuan dengan melindungi anak daripada perbuatan salah guna undang-undang, kata Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Seah Kian Peng.



Beliau pengerusi kumpulan kerja yang menyemak Akta Penyaraan Ibu Bapa, yang diluluskan pada 1995 bagi membolehkan warga tua tidak dapat menyara diri menuntut wang penyaraan daripada anak yang mampu tetapi tidak menyokong mereka.



Pada September, The Straits Times melaporkan satu daripada tiga kes di Tribunal Penyaraan Ibu bapa melibatkan dakwaan ibu bapa sebelum itu mendera, mengabai atau meninggalkan anak mereka.



Kumpulan kerja itu akan menjalankan konsultasi awam bagi mendapatkan maklum balas mengenai pindaan yang disaran itu dari esok hingga 9 Disember.



Ia ditubuhkan pada Oktober 2021 untuk menyemak akta yang kali terakhir dipinda pada 2010 itu sebagai sebahagian usaha memastikan keperluan warga tua dipenuhi.



Perubahan pertama yang disaran melibatkan ibu bapa yang ada rekod mendera, mengabai atau meninggalkan anak mereka perlu terlebih dahulu meminta kebenaran tribunal itu sebelum melaksana proses wajib perdamaian bersama anak mereka bagi cuba menangani perbezaan mereka.



Jika usaha perdamaian gagal, mereka boleh membawa ketidakpuasaan itu ke tribunal yang akan memutuskan sama ada dan berapa banyak yang perlu diberikan.



Satu lagi perubahan yang disaran akan membolehkan tribunal menolak permohonan remeh atau menyusahkan tanpa memerlukan anak menjelaskan alasan mereka tidak harus menyokong ibu bapa mereka.



Menurut undang-undang, permohonan remeh atau menyusahkan merujuk kepada kes tidak mungkin membawa sebarang huraian berguna atau orang memfailkan kes hanya ingin memalukan atau menggangu pihak lawan mereka.



Anak perlu melindungi diri mereka dalam kes sedemikian di bawah peraturan sedia ada dan pengalaman itu mungkin traumatik, terutama jika mereka didera oleh ibu bapa pada masa lalu.



Perubahan ketiga yang disaran bertujuan membenarkan tribunal memperkenal perintah bukan kewangan, misalnya mewajibkan ibu bapa bermasalah perjudian atau ketagihan lain menghadiri kaunseling



Orang ramai boleh mengongsi pandangan mereka mengenai pindaan yang disaran itu di https://go.gov.sg/feedbackmpa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >