Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Minum arak di taman dan kolong blok mungkin dilarang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Minum arak di taman dan kolong blok mungkin dilarang

Jan 19, 2015 | 03:46 PM

MEMINUM alkohol antara 10.30 malam dengan 7 pagi di tempat awam, termasuk di taman dan kolong blok HDB, mungkin dilarang jika Rang Undang-Undang Pengawalan Arak (Bekalan dan Minum) yang dibentang di Parlimen diluluskan.

Kedai-kedai runcit serata Singapura juga tidak akan dibenarkan menjual arak bawa pulang mulai 10.30 malam.

Rang tersebut juga membolehkan kawasan-kawasan dijadikan Zon-Zon Kawalan Arak jika ia menghadapi risiko tinggi menjadi tempat yang mengganggu ketenteraman awam akibat arak.

Kawasan-kawasan tersebut akan mempunyai kawalan yang lebih ketat terhadap perbuatan meminum arak di tempat awam dan penjualannya semasa hujung minggu dan cuti umum, sama seperti undang-undang yang dikenakan ke atas Little India menyusuli rusuhan di situ pada 8 Disember lalu.

Kawasan-kawasan di Little India dan Geylang dijangka dijadikan Zon Kawalan Arak.

Polis juga akan diberi kuasa untuk memberitahu seseorang yang mabuk dan mengganggu orang lain supaya meninggalkan tempat awam dan membuang araknya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3