Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Minyak bernilai $203j dicuri sepanjang beberapa tahun dari loji di Pulau Bukom

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



KIRA-KIRA AS$150 juta ($203.52 juta) nilai minyak telah dicuri sepanjang beberapa tahun dari loji penapisan minyak terbesar dunia yang dimiliki Shell.



Berita mengenainya yang dilaporkan agensi berita Reuters pada 15 Disember 2018, adalah berdasarkan dokumen mahkamah negara ini.



Hampir setahun selepas serbuan dibuat yang membawa kepada belasan tangkapan, termasuk beberapa bekas kakitangan unit tempatan Royal Dutch Shell, kertas pertuduhan menunjukkan sekitar 340,000 tan minyak gas telah dicuri dari loji penapisan syarikat itu di Pulau Bukom, seawal 2014.



Tuduhan yang dikenakan dalam beberapa bulan pertama selepas siasatan dimulakan pihak polis pada Januari 2018, menunjukkan kecurian sekitar AS$10 juta nilai minyak. Tuduhan selanjutnya pula mendapati sejumlah AS$40 juta nilai minyak telah dicuri.



Asia Tenggara merupakan pusat tumpuan bagi perdagangan minyak secara haram, dengan pulau-pulau kecil menyediakan perlindungan bagi penyeludupan kecil-kecilan untuk produk minyak merentas sempadan.



Bagaimanapun, kekerapan dan keberanian mereka melakukan kecurian di kemudahan penapisan Shell - yang ada antaranya dilakukan semasa waktu kerja - sememangnya menonjol.



Selain bekas pekerja Shell, tuduhan juga dikenakan ke atas bekas kakitangan syarikat pembekal minyak marin terbesar Singapura, Sentek Marine & Trading; seorang warga Singapura yang bekerja untuk Intertek, sebuah syarikat berdaftar di Britain yang pakar dalam jaminan mutu dan kuantiti, termasuk produk minyak; dan tiga warga Vientnam yang didakwa menerima harta curi di atas kapal.



Dua bekas kakitangan Shell Eastern Petroleum, yang dikaitkan dengan kes kecurian ini telah dihukum penjara.



Bekas penguji keselamatan gas, Muhammad Ashraf Hamzah, yang bersama rakan sekerja menyeleweng 55,321 tan minyak gas bernilai hampir AS$25 juta (S$33 juta) antara 2014 dan 2016, telah dijatuhkan hukuman penjara 9½ tahun, Julai tahun lalu.



Warga Singapura berusia 40 tahun itu telah menerima sekurang-kurangnya $700,000 menerusi penyertaannya dalam konspirasi ini.



Bekas rakan sekerja, Sadagopan Premnath, 40 tahun, yang ketika itu bekerja sebagai pengendali panel atau petugas lapangan, dipenjara antara enam hingga lapan tahun penjara.



Pada Disember tahun lalu, warga India itu mengakui akan peranannya menyeleweng minyak gas bernilai AS$36.1 juta antara 2017 dan 2018.



Sadagopan terima kira-kira AS$150,000 dari penyertaannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >