Misi Mengarkib Dunia Tari Melayu S'pura
Anak S'pura pertama terima biasiswa khas Kesatuan Eropah jalankan kajian tarian
Jun 17, 2014 | 06:00 AM
CINTA Encik Muhammad Noramin Mohamed Farid terhadap tarian Melayu tercetus ketika beliau bergiat aktif bersama Perkumpulan Seni lebih sedekad lalu.
Pemuda ramah ini bahkan menyimpan hasrat melakukan kajian terperinci mengenai perkembangan pelbagai kumpulan tarian Melayu di Singapura yang disifatkan sebagai berwarna-warni.