Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Misteri kehilangan bunga bangkai besar di Sembawang

Jun 08, 2021 | 09:53 PM



SEKUNTUM bunga bangkai besar, dikenali sebagai ‘elephant foot yam’, yang sebelum ini ditemui mekar berdekatan sebuah blok HDB di Sembawang, didapati telah dipetik dari tempatnya.



Anggota Parlimen GRC Sembawang, Dr Lim Wee Kiak berkata beliau sedih setelah mendapati bunga bangkai tersebut, yang merupakan sejenis tanaman eksotik, telah dipetik oleh seseorang selepas beliau memuat naik gambar bunga itu di Facebook pada Ahad (6 Jun).



Beliau berharap orang ramai dapat menunjukkan sikap prihatin dan lebih menghargai alam semula jadi.



“Kami memiliki begitu banyak keindahan alam di sini, terutama di Sembawang, yang dapat kita kagumi dan nikmati bersama,” kata Dr Lim dalam catatan di Facebook pada Selasa (8 Jun).



Menurut laporan akhbar The Straits Times, ramai yang telah mengunjungi Blok 338 Sembawang Crescent untuk mengambil gambar bunga tersebut.



Ketua Majlis Bandaran Sembawang dan AP kawasan itu, Encik Vikram Nair, menyifatkan kejadian tersebut sebagai kejadian yang malang, dan menambah bahawa masih belum diketahui siapa yang bertanggungjawab.



Beliau berkata:



“Oleh kerana bunga itu adalah milik bersama, kami boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang kecil majlis bandaran kami, tetapi untuk mencari pelakunya mungkin sukar kecuali terdapat saksi yang tampil ke hadapan.”



 



Beliau menambah berdasarkan populariti dan minat terhadap bunga tersebut, majlis bandaran akan mempertimbangkan menanam bunga serupa di beberapa kawasan sekitar Sembawang. 



 



Spesis bunga bangkai yang juga dikenali sebagai Amorphophallus paeoniifolius dianggar boleh menumbuh hingga ketinggian 2.5 meter, menurut laman Lembaga Taman Negara (NParks).



 



Ia boleh ditemui secara semula jadi di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, China dan Madagascar. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >