Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

MKAC tetap dekati penerima bantuan meski di tengah pandemik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

MKAC tetap dekati penerima bantuan meski di tengah pandemik

Jan 15, 2021 | 05:30 AM

PANDEMIK Covid-19 yang melanda kini tidak sedikitpun menjejas usaha Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) untuk terus mendekati para penerima bantuannya.

Sepanjang tempoh ini, badan kebajikan itu telah mempergiatkan lagi usaha-usaha mendampingi mereka yang memerlukan, termasuk mengunjungi dari rumah ke rumah untuk mengagihkan pek bantuan.

Dalam pada itu, mereka juga ingin memperluaskan lagi jangkauan mereka bagi membantu lebih ramai pesakit ginjal yang masih memerlukan bantuan.

Demikian menurut presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali, ketika ditemui selepas majlis pengagihan dana zakat kepada penerima bantuan di ibu pejabatnya di Telok Kurau Road semalam.

"Kami sangat bertuah kerana sewaktu Covid-19 tahun lalu, kami menerima banyak sokongan bukan sahaja daripada masyarakat Melayu/Islam di Singapura, malah daripada bangsa lain juga yang telah tampil untuk menghulurkan bantuan.

"Bagi saya, pandemik ini telah menyatukan dan membuka hati kita untuk membantu antara satu sama lain.

"Kini dengan sokongan dan dana yang kami dapat ini, MKAC ingin membantu lebih ramai pesakit ginjal.

"Malah kami juga ingin mendekati mereka yang mungkin tidak sedar akan bantuan yang kami sediakan dari segi program dan kegiatan yang kami anjurkan untuk penerima bantuan kami," kata Encik Ameerali.

Menurut Encik Ameerali, setiap bulan mereka akan mengagihkan sekitar $4,000 kepada para penerima bantuan.

Setakat ini, sebanyak 273 pesakit telahpun menerima wang tunai bernilai $100 setiap seorang.

Namun begitu, beliau menegaskan objektif utama MKAC adalah untuk membantu memastikan penerima bantuan ini dapat belajar untuk memperkasakan diri mereka sendiri.

Ini dilakukan menerusi program serta kursus peningkatan kemahiran percuma untuk pesakit ginjal yang telah dimulakan semula sejak Fasa Dua, dengan langkah pengurusan selamat.

Langkah pengurusan selamat jelas dilihat sewaktu majlis pengagihan dana zakat semalam yang turut dihadiri oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah dan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad.

Sewaktu majlis tersebut, Fandi sempat memberikan kata-kata semangat kepada sekitar 10 penerima bantuan.

Beliau dan Dr Wan Rizal, mengalu-alukan sokongan yang diberikan kepada pesakit ginjal ini dan kagum dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan.

Mengulas, Dr Wan Rizal berkata:

"Saya gembira dapat melihat banyak bantuan dan sokongan yang diberikan kepada para pesakit ginjal kita di sini dan ini menunjukkan mereka tidak dilupakan sewaktu pandemik ini.

"Saya juga berharap ramai yang akan tampil untuk terus memberikan bantuan lagi apabila diperlukan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3