Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MMO saksi pungutan dana meningkat tahun lalu meski di tengah pandemik

Pengalaman tahun pertama Covid-19 bantu buat persediaan tambah usaha kumpul dana dalam talian
Feb 10, 2022 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Melayu/Islam (MMO) rata-rata menyaksikan pungutan dana yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu meskipun dunia ini belum bebas daripada cengkaman pandemik Covid-19.



Jumlah dana yang dikumpulkan secara keseluruhan adalah hasil penyesuaian yang telah dilakukan MMO sepanjang tempoh sukar ini seiring norma baru bagi membolehkan mereka dapat terus mendekati para penerima bantuan.



Antara penyesuaian itu termasuk mempertingkat usaha pengumpulan dana menerusi dalam talian yang mendapat sambutan baik daripada masyarakat umum.



Dalam pada itu, beberapa MMO memberitahu Berita Harian bahawa pengalaman yang diraih sewaktu tahun pertama pandemik telah membantu dalam persediaan mereka mengharungi tahun berikutnya yang dibelenggu dengan ketidakpastian.



Pembiayaan serta sokongan pemerintah juga menjadi antara faktor penting yang membantu meringankan kos membiayai program-program yang dijalankan seperti yang dikongsi Pengarah Eksekutif, AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid.



Beliau berkata: "Pada 2021, AMP menerima lebih banyak pembiayaan pemerintah untuk menyokong rancangan transformasi digital kami.



"Dengan dorongan usaha pendigitalan, kami menaik tarafkan sistem operasi penderma dan kewangan kami untuk menampung peningkatan pendermaan sebanyak lima kali ganda semasa tempoh Covid-19, serta memastikan proses kami mematuhi keperluan pengurusan pentadbiran dan audit."



Memanfaatkan pendigitalan turut menjadi tumpuan utama kebanyakkan MMO di sini, termasuk Persatuan Muhammadiyah dan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



"Kami lebih bergantung pada usaha digital kami dan meningkatkan kehadiran dalam talian kami," kata Eksekutif Unit Sumber dan Komunikasi Korporat, Persatuan Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid.



Dengan cara ini, ia membuka ruang untuk mereka meneroka alternatif yang lebih kreatif dan pelbagai dalam mendekati penderma untuk jangka masa yang panjang.



Ini selepas kaedah tradisional mengumpul dana seperti kutipan masjid sewaktu solat Jumaat dan Hari Bendera tidak lagi dapat dianjurkan sewaktu tempoh ini, seperti yang dikongsi Presiden 4PM, Encik Nassar Mohamad Zain.



"Alhamdulillah kami telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk terus berkhidmat kepada para belia dan penerima bantuan kami dengan penuh keyakinan dan bermakna, melalui usaha mengumpul dana digital dan meningkatkan jangkauan korporat.



"Ketangkasan kami untuk bertindak balas dan menyesuaikan semula bukan sahaja pendekatan pengumpulan dana bahkan beralih kepada program dalam talian dengan cepat (yang kosnya lebih murah berbanding acara fizikal) menjadi kunci kepada cara kami menghadapi cabaran pembiayaan," katanya.



Sungguhpun wabak ini belum menunjukkan sebarang petanda ia akan berkurangan buat masa terdekat ini, MMO yang dihubungi sebulat suara melahirkan penghargaan mereka terhadap sikap ihsan dan sokongan masyarakat yang tidak pernah putus.



Dengan sambutan yang positif itu, ada di antara MMO telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah dana yang dikumpulkan sepanjang tahun lalu.



AMP misalnya menyaksikan lebih daripada 38 peratus peningkatan dalam pembiayaan pada tahun kewangan terakhir mereka dari Julai 2020 hingga Jun 2021, berbanding tahun kewangan sebelumnya.



Encik Mokhsin berpendapat peningkatan itu mungkin disebabkan tumpuan AMP untuk memberikan sokongan dan nilai khidmat berterusan kepada pelanggan, penderma dan penerima bantuan mereka walaupun menghadapi cabaran semasa tempoh pandemik ini.



"Piawaian tadbir urus dan ketelusan yang kukuh AMP juga mungkin menyumbang kepada keyakinan dan sokongan berterusan daripada penderma awam (individu dan korporat) serta badan pengagihan geran dan pemerintah," ujarnya.



Laporan lanjut: Badan Melayu teliti langkah pastikan cukup dana




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >