SATU model 'kehidupan dibantu' baru yang menyepadukan perumahan awam dengan khidmat jagaan warga tua, sedang diteroka pemerintah dalam menangani bilangan penduduk yang semakin tua di Singapura.
Sebagai contoh, dalam sebuah blok yang sama atau di tingkat yang sama, akan terdapat unit apartmen untuk warga emas di samping kemudahan bersama bagi menjamu selera, kegiatan dan berbagai khidmat jagaan warga emas.