Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MND bersedia timbang langkah lanjut kurangi kenaikan kos

May 10, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Negara (MND) akan bersifat terbuka untuk menimbangkan langkah lanjut bersesuaian jika perlu untuk mengurangkan kesan kos kian meningkat yang dialami penduduk, terutama mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan, kata Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann.



Menurutnya, pemerintah juga akan menyemak struktur geran operasi perkhidmatan dan penyenggaraan, atau S&CC, dengan kerap untuk memastikan ia mencerminkan profil perumahan awam.



Beliau berkata demikian kepada saranan yang dikemukakan Encik Murali Pillai (Bukit Batok) untuk memusatkan semula penyenggaraan majlis bandaran semasa membuat penangguhan usul di Parlimen, semalam.



Encik Murali berkata dengan langkah demikian, ia akan membolehkan penyediaan khidmat penyenggaraan agar memanfaatkan skala ekonomi lebih tinggi selain tahap kepakaran yang lebih mendalam.



Ini sekali gus akan dapat mengurangkan kenaikan pada kos penyenggaraan.



"Model Gaji Progresif yang kini dilaksanakan bagi pekerjaan pembersihan juga telah menyebabkan kos penyenggaraan meningkat pada rentak lebih pantas berbanding pendapatan.



"Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya semua cara lain untuk mengurangkan kos sebelum membuat keputusan untuk menaikkan S&CC," kata Encik Murali.



Menjawab, Cik Sim Ann berkata majlis bandaran, yang bertanggungjawab bagi penyenggaraan estet, memainkan peranan penting dalam menguruskan kenaikan kos dan pembahagian kos dalam kalangan isi rumah berbeza.



"Ini sebabnya majlis bandaran mempunyai autonomi penuh untuk menetapkan kadar S&CC, termasuk kadar berbeza, bagi mencapai kedua-dua kemampanan kewangan serta ekuiti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >