Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MND, HDB terus cari jalan bantu penyewa bujang berpendapatan rendah: Faishal

Mar 08, 2022 | 09:57 PM



KEMENTERIAN Pembangunan Negara (MND)  dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan terus mencari cara untuk membantu  penyewa bujang  berpendapatan rendah yang memohon flat sewa di bawah Skim Berkongsi Flat bagi Orang Bujang Kendalian Pengendali (JSS-OR).

Menulis di catatan Facebook pada Selasa (8 Mac), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata  beliau ada membicarakan perkara itu semasa perbahasan belanjawan MND di Parlimen pada Selasa.





“Salah satu cara  ialah melalui skim JSS-OR, yang membolehkan orang bujang memohon flat sewa awam tanpa perlu mencari rakan serumah terlebih dahulu.

“Kami membuka permohonan dua tapak JSS-OR di Bedok North dan Buangkok Crescent pada Disember tahun lalu, dan penyewa telah mula berpindah sejak Januari,” katanya.

Dua  minggu  lalu, beliau  melawat tapak JSS-OR di Bedok North itu dan berkesempatan berbual dengan tiga penyewa yang berkongsi flat dua bilik.

Mereka berkongsi bahawa mereka sedang menyesuaikan diri dengan sekitaran hidup baru, di samping menghargai teman dan persahabatan yang ada.





Rancangan sedang dijalankan untuk melancarkan projek perintis ketiga di Bukit Batok pada suku ketiga tahun ini.

“Kami akan terus memantau model ini dan menyemak apa lagi yang boleh kami lakukan untuk memenuhi keperluan penyewa bujang,” tambah Dr Faishal.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >