Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MODEL GAJI PROGRESIF BAGI PEKERJA INDUSTRI PENGURUSAN SISA

Model Gaji Progresif akan dilancar bagi sektor runcit, khidmat makanan

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



MODEL Gaji Progresif (PWM) mungkin dilancarkan bagi sektor runcit tahun ini dan bagi sektor khidmat makanan pada awal tahun depan, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Perbincangan juga sedang diadakan untuk memperkenalkan model itu bagi pekerja dalam industri pengurusan haiwan perosak, dan pekerja kemudahan dan strata, kata Pengarah Pusat U Care Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari.



Usaha melanjutkan PWM ke sektor runcit dan khidmat makanan pernah diumumkan Encik Zaqy pada Mac lalu.



Ditemui media di akhir satu sidang media untuk mengumumkan pelaksanaan PWM bagi industri pengurusan sisa semalam, Encik Zaqy berkata kedua-dua sektor runcit dan khidmat makanan terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 dek langkah pengurusan selamat untuk membendung penularan virus itu.



Sehingga 80,000 pekerja runcit dan khidmat makanan boleh meraih manfaat daripada laluan kemaraan kerjaya yang lebih jelas dengan peningkatan kemahiran dan gaji lebih tinggi apabila PWM dilanjutkan kepada dua sektor itu kelak.



"Saya gembira ramai majikan dalam dua sektor ini menyokong pendekatan (PWM ini) dan membantu pekerja mempertingkat mata pencarian mereka.



"Oleh itu, kami mungkin bermula dengan sektor runcit pada tahun ini, dan F&B pada awal tahun depan. Saya pasti mereka semua sedang berusaha gigih untuk merealisasikan tangga gaji dan juga usaha yang diperlukan untuk melaksanakannya," kata beliau.



Dalam pada itu, Encik Zainal berkata perbincangan kini sedang diadakan bersama Persatuan Pengurusan Haiwan Perosak Singapura dan juga persatuan-persatuan pengurusan strata dan kemudahan untuk meneroka kemungkinan melaksanakan PWM di dalam sektor tersebut.



Beliau menambah sektor tersebut merupakan sektor penyumberan luar, di mana persaingannya agak sengit dan usaha harus dijalankan demi memastikan persaingan itu tidak menjejas gaji pekerja.



"PWM mewujudkan keadaan yang adil untuk semua mendapat manfaat bagi pembeli perkhidmatan dan juga penyedia perkhidmatan.



"Perbincangan ini masih lagi di tahap awal, tetapi kami sedang membuat kemajuan yang baik," kata beliau.




SARANAN BAGI INDUSTRI PENGURUSAN SISA



GAJI LEBIH TINGGI



- Gaji asas bagi tangga kerja yang berbeza diperkenalkan



- Kenaikan gaji tahunan dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2029, dengan gaji naik sekitar 6 hingga 8 peratus dalam kadar pertumbuhan terhimpun tahunan (CAGR), bergantung pada peranan kerja yang dilakukan



- Bonus mandatori berjumlah sekurang-kurangnya satu bulan gaji asas pekerja diberikan setiap tahun kepada mereka yang layak mulai Januari 2024



KEMAHIRAN LEBIH BAIK



- Peningkatan keperluan latihan demi memastikan pekerja dilengkapi dengan kemahiran mencukupi untuk melakukan tugas dan bersedia bagi kerja dengan nilai lebih tinggi sedang industri menjalani transformasi



PEKERJAAN LEBIH BAIK



- Laluan kemaraan kerjaya yang jelas bagi peranan kerja khusus dalam jawatan operasi dan penyelia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >