Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model gaji progresif akan diperluas rangkumi 218,000 pekerja

Mar 03, 2021 | 06:16 PM




MODEL Gaji Progresif (PWM) akan diperluas dalam jangka pendek untuk merangkumi hampir 218,000 pekerja - lebih dua kali ganda daripada 85,000 pekerja kini.




Menyatakan demikian pada Rabu (3 Mac), Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata peningkatan bilangan itu akan datang daripada pelanjutan model tersebut kepada hingga 80,000 pekerja tempatan dalam  sektor perkhidmatan makanan dan sektor runcit, yang mempunyai antara bilangan pekerja bergaji rendah paling besar.



Sekitar 50,000 pekerja pembersihan dalaman, pegawai keselamatan dan pekerja penyenggaraan landskap juga akan dirangkumi, tambahnya.



PWM buat masa ini adalah wajib dalam sektor pembersihan, keselamatan dan penyenggaraan landskap.



Ia akan diwajibkan bagi hingga 2,400 pekerja dalam sektor penyenggaraan lif dan eskalator tahun depan.




PWM untuk sektor pengurusan sampah juga sedang dalam perancangan, dan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 3,000 pekerja.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >